
i-Sinar KWSP merupakan inisiatif kerajaan kepada pencarum yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pencarum yang kehilangan punca pendapatan. Kerajaan telah memberi kelonggaran pengeluaran wang caruman penyimpan bagi membolehkan mereka mempunyai kuasa beli di saat sukar menghadapi kesan ekonomi daripada pandemik. Permohonan i-Sinar bagi Kategori 2 mulai dibuka hari ini. Ia adalah peringkat membuat kemaskini serta melampirkan dokumen sokongan.
Butiran Permohonan Online i-Sinar KWSP
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Permohonan Ditutup |
11 Januari 2020 | Januari 2021 |
https://isinar.kwsp.gov.my/ |
Butiran Informasi Terkini Kategori 2 Yang Perlu Pencarum Ketahui
Bagi pemohon kategori 2, dokumen sokongan mestilah dikemukakan secara online di pautan rasmi i-Sinar yang disediakan di atas. Dokumen sokongan ini bertujuan untuk memastikan pemohon benar-benar terbukti tergolongan dalam kalangan yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid19. Berikut adalah antara contoh senarai dokumen yang mesti dimuatnaik dalam talian online KWSP.
- Slip Gaji
- Surat pengesahan majikan
- Penyata bank terkini
- Notis pemotongan gaji/elaun/komisen/OT dari majikan
Secara ringkas, mana-mana pekerja yang mengalami pemotongan gaji atau elaun atau apa sahaja yang mengakibatkan caruman ke dalam KWSP berkurangan adalah layak untuk kategori 2. Oleh demikian, pencarum bolehlah membuat permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori ini.
Sekilas Maklumat Lepas
Permohonan yang dibuka mulai 21 Disember adalah bagi kategori 1. Manakalah bagi pemohon kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021.
Semakan status permohonan bagi kategori 1 akan mula dibuat pada 4 Januari secara talian online. Pautan semakan akan disediakan pada tarikh tersebut.
Semakan i-Sinar KWSP 2021 |
Sistem permohonan secara talian online boleh dirujuk melalui pautan i-Sinar Online dan langkah-langkah serta butiran ada disediakan.
BERKAITAN: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat