Permohonan Guru DG41 Ambilan Khas 2021

Permohonan Guru Ambilan Khas 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat, dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (SoC) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara. Butiran Permohonan Guru adalah seperti berikut.

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
27 September 2021 10 Oktober 2021

Pautan Permohonan Guru Secara Online

https://mypdpp.moe.gov.my/

Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service)

Kategori Sekolah:

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  3. Sekolah Mengengah (Aliran Perdana/Teknik/Vokasional)

Syarat-Syarat Kelayakan Memohon

  1. Tidak mempunyai ikhtisas pendidikan
  2. Warganegara Malaysia
  3. Sihat tubuh badan
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Daripada Universiti Awam (UA) ATAU Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50
  5. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara denganya oleh kerajaan.
  6. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C-1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysia University English Test (MUET).
  7. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, dan Bahasa Inggeris), perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di Peringkat SPM.
  8. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  9. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun calon-calon perlulah;
  • Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun tersebut atau;
  • Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa-bahasa tersebut atau;
  • Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun tetapi mempunyai penguasaan bahasa yang baik dalam bahasa-bahasa tersebut.

Maklumat Jawatan Iklan Pengambilan Khas Guru DG41

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service)

  1. Jawatan/Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service)
  2. Gaji permulaan RM2188.00
  3. Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2016 dan
  4. Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan Surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ:208/KPM bertarikh 28 April 2019 dan Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA:600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

Senarai Opsyen Yang Ditawarkan dan Butiran Permohonan

iklan pengambilan khas guru

senarai opsyen pengambilan khas guru opsyen pengambilan khas guru syarat pengambilan khas guru permohonan guru dg41 permohonan menjadi guru tanpa ikhtisas pendidikan

1 Trackback / Pingback

  1. Iklan Pengambilan Khas Guru DG41 KPM 2021

Comments are closed.