Permohonan Guru Sekolah Ambilan Khas Terbuka 2021

PERMOHONAN GURU SEKOLAH
Sebanyak 18,702 kekosongan perlu dipenuhi. Graduan layak memohon.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru sekolah bagi jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 bagi tahun 2021 secara one-off. Menurut menteri pendidikan, YB Datuk Dr Radzi Jidin, pelaksanaan itu bertujuan untuk menyelesaikan kekurangan guru yang dialami masa kini. Secara umumnya, semua graduan layak untuk membuat permohonan guru sekolah secara terbuka tanpa mengira latar belakang bidang pengajian. Berikut adalah butiran maklumat yang anda perlu ketahui.

Syarat Permohonan Guru Sekolah Ambilan Khas 2021

  1. Syarat diutamakan adalah dari kalangan graduan pendidikan dan bakal graduan pendidikan (semester akhir) daripada universiti awam, swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh MQA serta tersenarai dalam mySPP.
  2. Graduan yang bukan daripada bidang pendidikan juga boleh memohon dan pengambilan akan dibuka sekiranya jumlah permohonan graduan pendidikan tidak mencukupi.

Senarai Opsyen Yang Ditawarkan KPM

Sekolah Rendah Sekolah Menengah
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Inggeris
Pendidikan Khas Pendidikan Khas
Pendidikan Agama Islam Pendidikan Agama Islam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Reka Bentuk dan Teknologi

Butiran Tarikh Permohonan Dibuka

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
7 Julai 2021 21 Julai 2021

Kemukakan permohonan anda melalui pautan yang telah disediakn di bawah;

mySPP.my

Pemohon dinasihatkan membuat pendaftaran di laman rasmi mySPP dari masa ke semasa dan hendaklah memastikan maklumat adalah telah dikemaskini.

Menurut KPM, selepas proses pengambilan dilakukan, peringkat penempatan akan mulai dibuat pada bulan Oktober 2021.