Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2023

Guru Ganti

MySTEP merupakan sebuah program iaitu Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. Manakalah permohonan guru ganti MySTEP pula merupakan peluang yang disediakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk lepasan yang ada sijil SPM dan ke atas.

Tip Masuk Institut Pendidikan Guru (IPG)

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Di Mana Permohonan Guru Ganti MySTEP Boleh Dibuat?

Setakat ini, permohonan guru ganti boleh dikemukakan melalui Pejabat Pendidikan Daerah terdekat atau di daerah tempat tinggal pemohon. Terdapat PPD yang tidak membuka borang guru ganti MySTEP tetapi ada membuka borang guru ganti biasa.

Syarat Umum Memohon Guru Ganti MySTEP

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Kadar Gaji atau Upah

Gaji atau upah adalah berdasarkan kelayakan akademik yang ditetapkan MySTEP

Tahap Sijil Gaji/Upah/Insentif
SPM RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
Diploma/STPM/STAM RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
Ijazah RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)

Tarikh Permohonan Dibuka Atau Butiran Borang Guru Ganti MySTEP

Butiran permohonan atau iklan pengambilan guru ganti MySTEP adalah berdasarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau negeri masing-masing.

Contoh Borang Guru Ganti MySTEP

Muat Turun Borang Guru Ganti MySTEP

Semua permohonan perlu disertakan dengan:

  1. Sekeping gambar berukuran passport
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan kelayakan akademik yang disahkan