Permohonan Gerak Malaysia Musim PKP Rentas Negeri

permohonan gerak malaysia

Kerajaan telah melancarkan aplikasi Gerak Malaysia bagi memudahkan penduduk yang ingin membuat pergerakan secara rentas negeri. Penduduk yang terkandas sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas kini boleh membuat permohonan Gerak Malaysia mulai 26 April. Permohonan ini dilaksana di bawah MCMC dan PDRM. Permohonan yang lulus akan mulai bergerak pada 1 Mei 2020 secara berperingkat dan mengikut negeri.

Gerak Malaysia adalah permohonan untuk pergerakan rentas negeri hanya untuk mereka yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke rumah mereka, dan bukanya untuk mereka yang mahu pulang ke kampung.

Panduan Permohonan Gerak Malaysia

Pemohon hendaklah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia melalui pautan di bawah

Aplikasi Gerak Malaysia

Permohonan Gerak Malaysia rentas negeri musim PKP

  1. Muat turun aplikasi Gerak Malaysia
    • Muat turun aplikasi di App Store, jika anda gunakan Apple iPhone
    • Muat turun melalui Google Play, jika anda gunakan Android
    • Buat carian “Gerak Malaysia” di Huawei AppGallery, jika anda gunakan Huawei
  2. Install sehingga selesai
  3. Buka aplikasi Gerak Malaysia
  4. Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
  5. Slide sehingga habis
  6. Klik Let’s get started
  7. Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
  8. Masukkan nombor telefon bimbit anda
  9. One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
  10. Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan
  11. Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan Register
    • Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
    • Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
    • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung.
    • Masukkan Bandar di ruangan City
    • Masukkan Poskod di ruangan Postcode
    • Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
    • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
    • Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
    • Masukkan email di ruangan Email
    • Jika tidak ada email, abaikan sahaja ruangan itu
  12. Klik Continue
  13. Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
  14. Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
  15. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
  16. Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
  17. Anda akan diberikan pilihan seperti:
    • Membeli Makanan dan Keperluan Harian
    • Rawatan Perubatan
    • Kecemasan
    • Aktiviti-aktiviti Perlu
    • Membeli barangan dapur
    • Pergerakan Antara Negeri
  18. Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
  19. QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda

BERKAITAN: Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional


Beberapa Persoalan Berbangkit Dan Cara Atasinya

penyelesaian masalah rooted device detected Gerak Malaysia aplikasi

pergerakan sehala sahaja

permohonan gerak malaysia


Jadual Pergerakan Rentas Negeri

Pergerakan penduduk yang mendapat kelulusan tidak boleh dibuat secara serentak kerana ia akan meningkatkan contact antara satu sama lain. Oleh itu, PDRM telah membuat jadual dan peringkat pergerakan mengikut negeri.

  1. 1 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Perak
    • Johor
    • Kelantan
  2. 2 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Melaka
    • Pahang
  3. 3 Mei 2020
    Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:

    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Negeri Sembilan
    • Terengganu