
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) diumum oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2021. BPR memainkan peranan yang sama secara bersasar dan kaedah pembayaran sedia ada mengikut butiran yang telah dikemaskini oleh pemohon. Mekanisme terperinci akan dimaklumkan oleh kementerian pada satu tarikh yang ditetapkan. Butiran permohonan BPR adalah seperti berikut.
Kategori Penerima BPR Bagi Tahun 2021
Kategori Isi Rumah | Jumlah Bayaran BPR |
RM2500 ke Bawah | RM1200 dan RM1800 (Lebih 2 orang anak) |
RM2501 – RM4000 | RM800 dan RM1200 (Lebih 2 orang anak) |
RM4001 – RM5000 | RM500 dan RM750 (Lebih 2 orang anak) |
RM2500 (Bujang 21 tahun ke atas) | RM350 |
Butiran Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Permohonan Ditutup |
15 Januari 2021 | 15 Febuari 2021 |
Pengumuman Penting:
- Pemohon yang telah lulus BSH 2020 atau BPN 2.0 hanya perlu membuat kemas kini maklumat di pautan BPR yang disediakan.
- Pemohon baru adalah yang tidak mendapat BSH 2020 atau BPN 2.0 dan perlu membuat permohonan baru di pautan BPR yang disediakan.
- Permohonan BPR hendaklah dibuat secara atas talian sahaja bagi menepati kehendak PKP yang diperintahkan oleh kerajaan berikutan mencegah penularan Covid-19.
Tarikh permohonan akan diumumkan oleh kementerian dari masa ke semasa. Sebanyak RM6.5 Bilion diperuntukkan bagi pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat yang akan memanfaatkan kepada 8.1 juta penerima.
Borang Permohonan Online BPR 2021
Borang ini khusus untuk pemohon baru yang tidak mendapat BSH 2020 dan BPN 2.0. Pemohon hendaklah mengikut semua syarat yang telah ditetapkan. Hanya permohonan secara atas talian dibenarkan. Klik pautan di bawah.
Borang Online Permohonan BPR 2021 |
Manakalah pemohon yang hendak membuat kemaskini maklumat, hendaklah membuat daftar akaun BPR terlebih dahulu untuk proses tindakan seterusnya. Klik pautan di bawah untuk daftar akaun BPR.
https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login |
Tarikh Pembayaran BPR 2021
Tarikh Bayaran BPR | – |
Pautan Semakan | Semakan Status Bayaran BPR |
Tarikh pembayaran BPR 2021 dijangka akan dibuat pada bulan April 2021 atau sebelum penghujung bulan Mei 2021. Tarikh pembayara BPR akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Saya nak membuat permohonan BPR…macam mana nak kemaskini online
Terima kasih atas makluman. Mohon ikuti sahaja panduan yang kami kongsikan
Syazlinsyafie@gmail.com.my
macam mana nak mohon kalau xder bank bsn ke kena buka acc bank bsn dulu then daftar bsn bru boleh mohon?? ada sesiapa boleh tolong jelaskan tak?
dinasihatkan agar membuka akaun bank kerana pembayaran dibuat hanya melalui akaun bank sahaja
Mcm mn nak kemaskini bpr(bsh) ni
Macam mana hendak memohon bantuan BPR secara online? Adakan borang online telah di muat turun?
borang online akan disediakan sekiranya telah diumumkan pendaftaran dibuka oleh kerajaan
NEED TO UPDATE MY STATUS DETAILS FOR BPR 2021.
WHERE AND HOW SHOULD I LOG IN.
Want to update my bank account number.
Sekarang suami says tiada berkerja, bagamana nak buat kemaskini dalam bpn
Alhamdulillah kita mempunyai kerajaan yg perihatin terhadap rakyat,semoga Allah mempertahankan kerajaan yg sedia ada
Kami tidak mempunyai income. Saya dan pasangan bekerja swasta tiada pencen hanya hanya harapkan ikhsan anak2 .Saya dalam kategeri yg mana? Sekian terima kasih.
Sya ingin membuat permohonan bpr