myeidos.com

Permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia RM2000

Permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia

Menteri Kewangan yang diterajui Senator Tengku Zafrul pada 29 Oktober 2021 telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia yakni diinspirasikan daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri mengenai gagasan Keluarga Malaysia. BKM ini merupakan kesinambungan daripada BR1M, BSH, dan BPR. Terdapat beberapa perubahan dan keistimewaan BKM yang kita dapati kali ini. Kami akan kongsikan bagaimana permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat seperti berikut.

Kategori Penerima Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Pendapatan isi rumah kurang RM2500 sebulan
  • RM2,000 : Lebih 3 Anak
  • RM1,500 : 1- 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak
Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000 sebulan
  • RM800 : Lebih 3 Anak
  • RM600 : 1- 2 Anak
  • RM400 : Tiada Anak
Warga emas
  • RM500
Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
  • RM300
Warga emas bujang/Tiada pasangan (Pendapatan kurang RM5000) sebulan
  • RM600
Bujang (Pendapatan kurang RM2500 sebulan)
  • RM350

Cara Membuat Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan BKM akan dikemaskini selepas pihak Kementerian Kewangan membuat pengumuman. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan di atas mengikut kategori kelayakan. Pihak kementerian akan merujuk maklumat terkini setiap pemohon melalui agensi yang berkenaan seperti LHDN, BNM, dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya permohonan dibuka, pemohon hendaklah mengemukakan maklumat peribadi dengan tepat dan benar.

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
Januari 2022 Januari 2022
Pautan Klik: Permohonan BKM Online

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia menjadi tarikan paling utama rakyat Malaysia kerana ia memberi kesan kepada hampir semua penduduk. Bentuk bantuan ini yang mengambil kira hampir menyeluruh khususnya golongan B40 yang banyak terkesan akibat pandemik.

Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan 2022

Kaedah Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia

  1. Bagi yang mempunyai akaun bank, duit akan terus dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan sebelum ini semasa memohon BPR atau BSH.
  2. Sekiranya duit gagal dikreditkan ke akaun bank, boleh tuntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN terdekat. Oleh itu, pemohon dikehendaki sentiasa mengemaskini maklumat akaun bank yang aktif semasa tempoh permohonan BKM dibuka.
  3. Bagi yang tiada akaun bank, boleh tuntut BKM di mana-mana cawangan BSN terdekat. Namun mestilah mengemaskini maklumat akaun bank semasa tempoh permohonan BKM dibuka.
Exit mobile version