Permohonan Biasiswa KPT MyBRAIN15 Secara Online 2018/2019

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi. Makluman kepada pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD), permohonan Biasiswa KPT MyBRAIN15 kini telah dibuka dalam talian online. Berikut adalah butiran lanjut permohonan.

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
1 Mac 2018 31 Mac 2018
Pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/

Pemohon perlu melayari ke pautan Biasiswa KPT MyBRAIN15 untuk daftar pengguna terlebih dahulu bagi membolehkan akses sistem semasa mengisi borang online.

permohonan biasiswa kpt mybrain15


Syarat Umum Permohonan Biasiswa KPT MyBRAIN15 (Peringkat Master)

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2018.

3. Pemohon mestilah:

i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau

ii. Kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS); atau

iii. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA yang berstatus kontrak/sambilan/sementara.

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.

6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

 i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara; atau

ii. Mendapatkan Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Baki pengajian semasa menerima tawaran mestilah sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh daftar di IPT.Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja.

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

 i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

  ii. Pemohon kategori kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.

10. Kategori penajaan hanya dibuka bagi pengajian mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan tesis) sahaja.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS seperti dalam senarai.

Syarat Khusus: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_mymaster2018.php


Syarat Umum Permohonan Biasiswa KPT MyBRAIN15 (Peringkat PhD)

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2018

3. Pemohon mestilah:

 i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau

ii. Kakitangan swasta (tidak termasuk Pensyarah IPTS); atau

iii. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA yang berstatus kontrak/sambilan/sementara.

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.

6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

i. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.30 – 4.00;

ii. Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan ;atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 – 4.00.

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Baki pengajian semasa menerima tawaran mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan dari tarikh daftar di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:

i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

 ii. Pemohon kategori kakitangan swasta(tidak termasuk Pensyarah IPTS) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.

10. Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan tesis) sahaja.

11. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS seperti dalam senarai.

Syarat Khusus: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_myphd2018.php


Sumber: https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/