Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2023

permohonan biasiswa kerajaan negeri sabah bkns

Sukacita dimaklumkan kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang antara ibu atau bapa dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS bagi tahun 2023.

Para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dipelawa untuk memohon BKNS dengan mengikuti panduan seperti di bawah.

Butiran Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2023

Tarikh Permohonan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
– 2022 – 2023
Pautan Permohonan: BKNS Online
Senarai IPT Yang Ditaja 2023

Syarat Permohonan BKNS 2023

Permohonan BKNS yang ditawarkan adalah pelajar yang mengambil peringkat pengajian Diploma dan Ijazah di universiti tempatan sahaja. Berikut adalah senarai bidang pengajian yang boleh memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

Syarat Bagi Lepasan SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA

Senarai Bidang Dalam Peringkat Pengajian Diploma

Juruukur Juruukur Bahan
Kejuruteraan Kesihatan & Perusahaan Ternak
Pengurusan Hartanah Pertanian
Perakaunan Sains Tulen
Seni Bina Teknologi Maklumat
  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.
  3. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Senarai Bidang Dalam Peringkat Pengajian Ijazah

Akuakultur Perikanan Ekonomi
Pertanian Farmasi Perubatan
Juru Ukur Bahan Perhutanan Kejuruteraan
Perubatan Veterinar Komunikasi Psikologi
Matematik Sains Alam Sekitar Muzik
Sains Biologi Marin Pelancongan & Hospitaliti Sains Bioteknologi
Pendidikan Sains & Teknologi Makanan Pengajian Islam
Sains Komputer Pengangkutan & Logistik Sains Tulen
Pengurusan Ladang Seni Bina TESL
Teknologi Maklumat Pengurusan Hartanah Perakaunan
Undang-undang Pentadbiran Perniagaan Pergigian
  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun.
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3 yang diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau dengan kelayakan yang setaraf.
  3. Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  4. Keputusan diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  5. Lulus matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  6. Lulus asasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5
  7. Bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Pemohon boleh semak iklan rasmi daripada Portal BKNS ini.

Jika ada sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi ke alamat dan talian seperti berikut:

Biasiswa Kerajaan Negeri,

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,

Tingkat 1-5 Wisma Perindustrian, Likas,

88400 Kota Kinabalu Sabah

No.Tel: 088-260-161

INFO BERKAITAN: Permohonan Bantuan Musim Tengkuju

1 Comment

Comments are closed.