Permohonan Biasiswa JPA Terkini 2017 Lepasan SPM

permohonan biasiswa jpa terkini

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar lepasan SPM 2016 yang mendapat keputusan cemerlang boleh membuat permohonan Biasiswa JPA terkini seperti tarikh yang dilampirkan di bawah. Jabatan Perkhidmatan Awam telah memaklumkan bahawa pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan itu dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Berikut Adalah Butiran Permohonan Biasiswa JPA 2017

Permohonan Dibuka:    3 April 2017 (3:00 petang)

Permohonan Ditutup:   22 Mei 2017 (5:00 petang)


Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat Umum:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa atau ahli keluarga tidak tersenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  3. Pemohon mestilah belum menerima mana-mana tajaan atau biasiswa oleh mana-mana agensi
  4. Pemohon yang dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti Hepatisis, AIDS, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus:

  1. Pemohon mestilah lepasan SPM 2016 atau menduduki peperiksaan SPM 2016 di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta, dan calon-calon persendirian.
  2. Mendapat keputusan cemerlang dengan gred A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan sekurang-kurangnya mendapat sembilan (9) mata pelajaran bergred A+
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun menduduki peperiksaan SPM.

Notis Iklan Permohonan Biasiswa JPA


Cara Membuat Permohonan Biasiswa JPA Terkini

  1. Pemohon hendaklah mengisi secara online melalui pautan eSILA Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Pemohon yang telah mengisi borang online boleh membuat kemaskini maklumat selama sebelum permohonan ditutup pada 22 Mei 2017 (5:00 petang).
  3. Kemaskini terkini sahaja yang akan digunapakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai masukan data dokumentasi permohonan.