Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT Online 2020/2021

permohonan bantuan musim tengkujuh

Kira-kiran 440000 pekebun kecil dan penoreh getah di Malaysia bakal menikmati Bantuan Musim Tengkujuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi pembentangan Bajet 2020 tahun lalu. Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat menerusi talian online.

Jadual Permohonan BMT 2020/2021

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
1 September 2020 30 September 2020
Pautan Permohonan: BMT Online 2020-2021

Syarat Kelayakan Membuat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Merupakan pekebun kecil
  3. Pemilik dan pengusaha tanah
  4. Mempunyai tanah kebun
  5. Telah mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  6. Mempunyai kad permit pengesahan transaksi getah (PAT-G)

Pemohon yang membuat pendaftaran atas talian online hendaklah memuat naik resit sah terkini. Berikut adalah contoh resit sah yang perlu dimuat naik sebagai bukti pemohon adalah berkelayakan mendapatkan bantuan.

Panduan Permohonan BMT Secara Manual

[wp-svg-icons icon=”box-add” wrap=”i”] Muat turun borang daripada Lembaga Getah Malaysia atau dapatkan melalui pejabat LGM terdekat.

Borang Manual: [wp-svg-icons icon=”box-add” wrap=”i”] Muat turun Borang BMT

Isi borang dengan lengkap kemudian hantar ke pejabat Lembaga Getah Malaysia yang terdekat. Sertakan salinan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan buku akaun bank
  2. Salinan kad PAT-G
  3. Resit rasmi penjualan getah

Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Pautan: Semakan Permohonan BMT 2020-2021

Pemohon yang berjaya akan diberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan bermula November 2020 hingga Januari 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi ke talian berikut:

BMT Hotline: 1-800-88-84-74

5 Comments

  1. DAH BANYAK KALI SAYA MENGHUBUNGI HOTLINE TETAPI TIADA SESIAPA YANG MENJAWAB. SAYA TELAH MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE UNTUK EMAK SAYA PADA BULAN SEPTEMBER 2017. TETAPI NO. AKAUN YANG TELAH DIMASUKKAN ADALAH SALAH. KEMUDIAN SAYA TELAH MENGEMASKINI PADA 19/01/2018 KEPADA NO. AKAUN YANG BETUL. MALANGNYA TIADA SEBARANG PERUBAHAN. SAYA JUGA TELAH MENGHUBUNGI LGM HQ DAN DIMINTA SAYA MENGHUBUNGI LGM NEGERI KEDAH, PULAU PINANG. SAYA PUN TELAH DUA KALI MENGUBUNGI TALIAN TERSEBUT DAN MEMAKLUMKAN HAL INI KEPADA DUA ORANG KAKITANGAN LGM DI SANA. JADI, ADAKAH BOLEH DIBUAT PEMBETULAN ATAU BAGAIMANA CARANYA….

  2. TELAH MENGHUBUNGI HOTLINE TETAPI TIDAK DI JAWAB..BANYAK KALI SAYA MENCUBA NO HOTLINE YERSEBUT

  3. saya telah kemaskini pd 15/11/2017 no kpt 581201-03-**** tetapi no akaun bank tersebut salah,kerana akaun tersebut adalah-akaun bersama suamiisteri,,jadi bagaimana kah caranya utk masukkan kembali no akaun bank yg baru.

    • terima kasih kerana mengajukan soalan. Tuan/Puan, tarikh kemaskini secara online telahpun ditutup. Walaubagaimanapun, Tuan/Puan boleh menghubungi talian hotline seperti yang disertakan dalam artikel ini iaitu BMT Hotline: 1-800-88-84-74

      • SALAM..MAK SY DAPAT BANTUAN NI TAPI DIA BAGI NO AKAUN SALAH..SY SUDAH MENUKAR DAN MENGEMAS KINI AKAUN MILIK MAK SY DENGAN NO AKAUN BANK YANG BARU SECARA BMT ONLINE ..ADAKAH DUIT BANTUAN BULAN 11 ITU HARI MAK SY AKAN DAPAT KEMBALI SETELAH SY MENUKAR NO AKAUN YANG SALAH DENGAN NO AKAUN BANK YANG BARU SECARA ONLINE..MOHON PENJELASAN DAN JASA BAIK DARI TUAN/PUAN

Comments are closed.