Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM RM1000

permohonan bantuan kanak-kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kali ini membuka permohonan kepada Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang bertujuan untuk menolong golongan memerlukan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Permohonan Bantuan Kanak-Kanak dibuka khas kepada semua rakyat Malaysia yang melepasi syarat yang ditetapkan.

Cara Memohon Moratorium 2021

Kadar Bantuan Kanak-Kanak

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Membuat Permohonan BKK JKM 2021

ebantuanjkm.jkm.gov.my

Setelah membuat pendaftaran secara online melalui pautan di atas, pemohon dikehendaki hadir ke pejabat JKM berdekatan dalam tempoh 14 hari untuk melengkapkan dokumen supaya dapat diproses oleh pihak JKM tersebut.

Kegagalan pemohon untuk hadir ke pejabat JKM dalam tempoh tersebut, sistem akaun membatalkan permohonan secara automatik.

Pemohon hendaklah membawa dokumen tersebut ke pejabat JKM;

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*