Perbezaan Visitor dan View Dalam Statistik Website Anda

perbezaan visitor dan view

Bagi para newbie dalam dunia blogging, ada beberapa perkara yang harus difahami berkenaan laman yang dibangunkan. Tidak sekadar tahu membuat artikel dan mengepost ke google indeks, tetapi mestilah tahu prestasi semasa blog yang dibangunkan. Perkongsian saya hari ini yang juga baru berkecimpung dalam dunia blog, iaitu perbezaan Visitor dan View dalam statistik blog anda.

Cuba lihat statistik di bawah ini. Ia adalah salah satu blog yang saya bangunkan dan masih baru. Perhatikan gambar raja dan fahami.perbezaan visitor dan view

Warna biru gelap menunjukkan jumlah visitor manakalah warna biru muda menunjukkan jumlah view. Sebagai fakta, jumlah visitor tidak pernah akan mendahului jumlah view.

Mudahnya begini, visitor adalah orang yang masuk berkunjung ke blog anda, manakalah view adalah jumlah paparan blog yang dilihat oleh visitor. Sebagai contoh, Fattah mengunjungi blog saya melalui Google Search Engine. Maka Fattah dikira sebagai satu visitor. Kemudian Fattah tertarik dengan artikel-artikel lain dalam blog saya. Dia membaca lima artikel lain dalam blog. Maka view disini dikira sebanyak enam (6). Kesimpulanya 1 visitor dan 6 view.

Itulah berbezaan ringkas yang dapat dikongsikan. Diharap ilmu blog hari ini dapat membantu anda belajar lebih mendalam mengenai ilmu blogging. Sekiranya anda ada pertanyaan, sila komen di bawah atau subscribe website ini. Sekian.