Apa itu PR1MA dan Cara Memohon

perbadanan pr1ma malaysia

Perbadanan PR1MA Malaysia. Mengenai PR1MA Malaysia, ia ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000. Sumber.

Syarat Kelayakan.

Perbadanan PR1MA menerusi akta yang telah digubal menetapkan bahawa pemohon yang diberi kelayakan adalah dari golongan berpendapatan RM2500 hingga RM15000. Namun sekiranya pendapatan pemohon tidak mencapai sekurang-kurangnya RM2500, pemohon boleh membuat inisiatif lain seperti jaminan daripada pasangan sekiranya sudah berkahwin. Ini kerana RM2500 yang dinyatakan adalah termasuk pendapatan purata isi rumah dan bukanlah individu sahaja.

Cara Memohon

  1. Buka akaun secara online. Lengkapkan borang yang disediakan, dan pastikan pemohon mengingati kata laluan dan nombor rujukan PR1MA anda.perbadanan pr1ma malaysia
  2. Memohon projek kediaman PR1MA. Setelah pendaftaran online pemohon disahkan, seterusnya boleh membuat permohonan rumah yang telah dibuka oleh PR1MA. Pemohon akan mendapat makluman melalui e-mail sekiranya terdapat projek kediaman PR1MA yang dibuka.
  3. Proses pengundian. Proses pengundian secara terbuka akan dilakukan untuk mengundi pemohon yang bertuah. Pengundian akan dilakukan di lokasi yang dimaklumkan kepada pemohon melalui e-mail.
  4. Pembiayaan. Terdapat lima (5) institusi kewangan yang terlibat untuk pembiayaan PR1MA iaitu, Bank Islam, MBSB, BSN, Bank Rakyat dan Maybank. Hanya institusi ini sahaja pemohon boleh membuat pembiayaan.