
Melalui Pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah membuat inisiatif penting bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Covid19. Intipati Bajet 2021 menyatakan bahawa salah satu inisiatif tersebut adalah i-Sinar yang akan membenarkan pencarum yang terjejas untuk membuat pengeluaran KWSP dalam akaun 1. Pengeluaran tersebut telah dijelaskan oleh pihak KWSP melalui Kementerian Kewangan Malaysia kepada umum. Pencarum yang layak boleh membuat permohonan pengeluaran wang KWSP pada tarikh yang ditetapkan.
Butiran Pengeluaran KWSP i-Sinar Akaun 1
Kategori 1
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Pembayaran |
21 Disember 2020 | Januari 2021 |
i-Sinar KWSP |
Kategori 2
Tarikh Permohonan Dibuka | Tarikh Pembayaran |
11 Januari 2021 | Febuari 2021 |
i-Sinar KWSP |
Syarat Pengeluaran Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan
- Pencarum yang telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.
Golongan Yang Layak Membuat Pengeluaran
- Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
- Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
- Ahli KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan
- Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Kategori Pengeluaran KWSP Akaun 1
Pencarum yang membuat pengeluaran melalui i-Sinar mestilah telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum melalui inisiatif i-Lestari terlebih dahulu. Antara lain, inisiatif i-Sinar juga menetapkan pengeluaran sebanyak 10% daripada jumlah simpanan mereka dalam akaun 1, dan tertakluk kepada baki minimum RM100. Berikut adalah kategori Jumlah Pengeluaran Duit KWSP Akaun 1 menerusi i-Sinar.
Kategori Baki RM90,000 ke Bawah Akaun 1
- Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
- Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
Kategori Baki RM90,000 ke Atas Akaun 1
- Bagi pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), mereka akan mempunyai akses pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
- Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
- Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
- Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan
Pihak kementerian telah mengumumkan bahawa tiada bayaran tunai yang perlu dibuat kepada KWSP semasa proses memohon i-Sinar Akaun 1.
Sekiranya anda ingin menyemak status i-Lestari, sila layari pautan Permohonan Pengeluaran i-Lestari untuk memastikan syarat pengeluaran i-Sinar Akaun 1 dapat dipenuhi.