
Rakyat khususnya pencarum sudah teruk terhimpit dengan kesusahan. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sudah dan bercadang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah kewangan. Hal ini disebabkan kesan pandemik covid19 yang melanda negara beberapa tahun. Kos sara hidup yang semakin meningkat, tetapi pendapatan rakyat untuk menampung kehidupan masih tidak pulih. Senario ini mewajarkan kerajaan untuk melaksanakan semua pengeluaran KWSP 2023 tahun ini.
Badan pengkaji, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) telah membuat kajian untuk memantau situasi sebenar para pencarum telah mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki akaun satu lebih daripada RM10,000, manakalah selebihnya kurang RM10,000. Daripada jumlah ini, kebanyakan pencarum masih mempunyai baki akaun yang melayakkan mereka untuk membuat pengeluaran.
Sebelum ini PGIRM telah mendapati 270,000 responden untuk meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP seperti sebelum ini. Kajian itu dilakukan dari Julai hingga November tahun lalu. Menurut presiden PGRIM, laporan yang berkemungkinan BNM menaikkan kadar OPR pada tahun ini pasti menambah desakan hidup terhadap rakyat.
Sekiranya pengeluaran KWSP 2023 dilaksanakan semula, butiran permohonan akan disediakan dan pencarum boleh melayari pautan berikut untuk mendapatkan maklumat berkenaan proses permohonan tersebut.
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Langkah-Langkah Membuat Permohonan Online
- Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit.
- Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan.
- Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
- Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
- Tekan TERUSKAN.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran, dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
- Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan / sebelum tekan HANTAR. Selesai.
Info Umum Pengeluaran Khas KWSP Tahun 2022
- Semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
- Amaun pengeluaran sekurangnya RM50
- Meninggalkan baki sekurangnya RM100 dalam akaun 1
- Maksimum pengeluaran sehingga RM10,000
- Tarikh bayaran akan mula disalurkan pada 20 April 2022
- Semakan status permohonan boleh dibuat mulai 9 April 2022
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848
shanushasuris7@gmail.com
kwsp
Ain Bajrai
How to apply KWSP
Tak kerja