Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online Mulai 21 Disember

pengeluaran i sinar kwsp

Penyimpan KWSP menanti tarikh pengeluaran i Sinar yang telah diumum kerajaan sebagai pakej dalam membantu kesusahan pencarum yang dialami akibat Covid19 yang berlaku. Melalui Pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan telah mengumumkan kelonggaran pengeluaran KWSP melalui program i Sinar kepada pencarum yang berkelayakan. Ia bakal dinikmati oleh hampir 8 juta pencarum seluruh negara. Pengeluaran i-Sinar KWSP boleh dibuat melalui talian online sahaja. Berikut kami kongsikan langkah-langkah pengeluaran online yang perlu dilakukan.

Semakan Status dan Pembayaran i-Sinar Kategori 1

Butiran Pengeluaran i-sinar KWSP

Tarikh Permohnan Dibuka Tarikh Permohonan Ditutup
21 Disember 2020 3 Januari 2021
Klik Pautan: Borang Online Pengeluaran i Sinar

Butiran Permohonan Online i Sinar KWSP

  1. Masuk ke pautan https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dapatkan OTP
  3. Masukkan OTP di ruangan disediakan setelah menerima mesej daripada KWSP
  4. Paparan akan menunjukkan jumlah amaun kelayakan yang boleh dikeluarkan, kemudian pilih amaun.
  5. Pastikan maklumat pemohon adalah tepat dan lengkap. Ia akan dipaparkan di skrin secara automatik.
  6. Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank
  7. Buat pengesahan kemudian hantar
  8. Permohonan akan diterima.
  9. Semakan permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

Permohonan i-Sinar hanya dibuka kepada kategori 1 pada 21 Disember 2020. Manakalah pemohon kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021.


Kategori Permohonan i Sinar KWSP

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

pengeluaran kwsp

pengeluaran kwsp akaun 1