Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Malaysia 2022

Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang ramai untuk menyertai khidmat menyelamat sama seperti anggota bomba biasa. Ia turut menggalakkan mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mendaftarkan diri sebagai pegawai bomba. Pemohon yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan dan maklumat yang kami kongsikan di bawah. Ikuti butiran pengambilan Pegawai Bomba Bantuan seperti berikut.

Jawatan Kosong Terkini Polis (PDRM) 2022

Syarat Asas Permohonan PBB

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
  4. Sekurangnya memiliki Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sijil yang setaraf denganya yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah.

Syarat Khusus Permohonan PBB (Iklan Rasmi)

Pautan Permohonan Atau Muat Turun Borang

Muat Turun Borang PBB

Bagi pemohon yang berstatus bekerja, sekiranya berminat untuk memohon pengambilan Pegawai Bomba Bantuan seperti yang diiklankan ini, hendakah mendapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi  Notis Kebenaran Daripada Majikan Untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati di Balai Bomba berdekatan.

Upah Atau Elaun Pegawai Bomba Bantuan (PBB)

Pegawai Bantuan Bomba kemudiannya perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan. Mereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Januari 2022