Penerima BR1M Memang Layak Beli Proton Iriz Untuk Uber

penerima br1m memang layak beli proton iriz

Apabila Tan Sri Irwan Siregar Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa penerima BR1M boleh membeli kereta Proton Iriz maka ramai pula yang mengulas berkenaan kenyataan beliau. Ia mendapat pelbagai respon daripada rakyat Malaysia berkenaan kenyataanya itu. Sama ada ia respon positif atau negatif, kenyataanya jelas bahawa penerima BR1M memang layak beli Proton Iriz.

MILIKI PROTON IRIZ SEKARANG

Pada sesi pembentangan bajet 2017 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa rakyat yang layak menerima duit BR1M berpeluang untuk mendapatkan rebat pembelian kereta Proton Iriz sebanyak RM4000 dan digunakan untuk Ride Sharing Program yakni Uber atau GrabCar. Dalam kenyataanya itu, ramai yang kurang yakin, dengan kata lain pendek akal berkenaan rancangan kerajaan itu. Secara umum, ia sesuatu yang mustahil kerana sudah tentu penerima BR1M adalah di kalangan yang berpendapatan rendah lebih-lebih lagi duit BR1M paling mahal pun hanya RM1,200.00 diberikan kepada individu yang layak.

Sebenarnya, ia bukan sahaja satu bantuan tetapi ia adalah peluang besar kepada seluruh rakyat yang layak menerima BR1M. Bajet 2017 yang diumumkan mengenai BR1M dan rebat adalah sangat baik untuk rakyat. BR1M sahaja sudah RM1,200.00, ditambah dengan rebat membeli kereta proton Iriz sebanyak RM4000.00, maka keseluruhanya RM5,200.00 yang diberikan kerajaan kepada penerima.

Mekanisme Pembelian Proton Iriz Dengan BR1M

  1. Gunakan duit BR1M sebagai Wang Deposit
  2. Agen Iriz anda akan mencadangkan bank yang menawarkan pinjaman kenderaan
  3. Mematuhi kesemua syarat pinjaman kenderaan.

Sudah tentu dengan RM5,200.00 itu tidak mampu melunaskan harga keseluruhan kereta Iriz. Idea kerajaan ialah, UBER. Bukankah dengan penerima membuat Uber maka penerima BR1M itu dapat menjana pendapatan? Umum diketahui pendapatan pemandu Uber mampu mencecah RM4000.00 ke atas sepenuh masa di semenanjung. Bayaran ansuran bulanan Proton Iriz adalah RM400-RM600. Dengan pendapatan Uber, tidakkah mudah penerima BR1M itu tadi menanggung kos bayaran kereta malah mungkin dapat menjana lebih pendapatan. Dengan kiraan ringkas ini sahaja sebenarnya dapat menjawab kekeliruan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Irwan Siregar Abdullah. Jadi, jelaslah penerima BR1M memang layak beli Proton Iriz.

Faktanya, kerajaan telah memudahkan cara dan menyediakan platform kepada rakyat. Dengan BR1M, maka rakyat mampu memiliki kereta baru dengan syarat mesti membeli kereta proton Iriz. Dengan adanya kereta baru, maka rakyat layak menjadi pemandu Uber malah mampu menjana pendapatan. Manakalah memandu Uber adalah berdasarkan kepada kesungguhan dan prestasi kerja mendapatkan trip harian.

Seharusnya penerima BR1M bukan sahaja merasa beruntung dapat duit BR1M malah beruntung kerana memiliki kereta baru dan berpeluang menjana pendapatan. Langkah ini harus dipandang positif. Oleh itu, peluang yang diberikan seharusnya dihargai. Tan Sri Irwan Siregar Abdullah merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang telah mengeluarkan kenyataan berani ini. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya profesional dalam menilai setiap langkah kerajaan dalam mensejahterahkan hidup rakyat. Jelaslah di sini bahawa penerima BR1M memang layak membeli Proton Iriz. Yang baik disokong, yang tidak baik tegur-tegurkan.