Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Bagi Sesi Ambilan 2020-2021

pendaftaran online murid tahun 1

Sukacita dimaklumkan pendaftaran online murid tahun 1 telah dibuka dan kanak-kanak yang lahir pada 2013 hingga 2015 boleh didaftarkan melalui talian online di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT).

Pendaftaran secara talian online ini hanya boleh dilakukan bagi murid-murid di seluruh negeri semenanjung Malaysia sahaja. Manakalah negeri Sabah dan Sarawak boleh membuat pendaftaran secara manual di sekolah-sekolah kebangsaan yang berdekatan. Kemaskini akan dilakukan sekiranya pendaftaran secara talian online dibuka di Sabah dan Sarawak.

Butiran Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1

Pendaftaran Dibuka Pendaftaran Ditutup
1 Mac 2019 30 April 2019
https://public.moe.gov.my/
  • Cara Membuat Pendaftaran Murid Tahun 1Kemasukan 2020: Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014
  • Kemasukan 2021: Kank-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015

 

>>https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna<<

pendaftaran online tahun 1

  1. Ibu bapa yang pertama kali mendaftarkan anak melalui talian online hendaklah membuat Daftar Pengguna Baru untuk akaun sendiri agar dapat mengakses sepenuhnya sistem pendaftaran.
  2. Kemudian ibu bapa yang sudah memiliki akaun boleh mengakses untuk mendaftarkan anak mereka ke Aplikasi Modul Pendaftaran Murid.
  3. Sekiranya ibu bapa ingin memahami cara mendaftar secara lebih terperinci, boleh mengakses atau muat turun Manual Pengguna ini.

Nota*

JPN/PPD/PPB tidak menjamin kanak-kanak yang didaftarkan ke sekolah yang dipilih melalui talian online akan benar-benar ditetapkan.

Oleh itu ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka melalui talian online dalam tempoh 1 Mac hingga 30 April hendaklah mencetak bukti permohonan dan membawa ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan akaun permohonan.

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawah Semasa Membuat Akuan Permohonan

  1. Sijil lahir anak asal termasuk 1 salinan
  2. Kad pengenalan ibu bapa asal termasuk 1 salinan
  3. Surat nikah/cerai asal dan 1 salinan
  4. Bukti alamat tempat tinggal seperti bil elektrik atau air
  5. Sampul surat bersaiz A4 atau standard bersetem
  6. Laporan doktor dan kad OKU jika berkenaan

Ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci melalui pihak sekolah untuk segala pertanyaan berkaitan sama ada tentang dokumen mahupun butiran pendaftaran online murid tahun 1.

1 Comment

  1. Ahmad Nasir Bin Saad
    at

    semakkan kemasuk murid tahun 1 2019

Comments are closed.