
Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah bagi sesi tahun 2019/2020 akan dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi pendaftaran murid Prasekolah dijangka bermula bulan Mac 2018. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 02 Januari 2012 hingga 1 Januari 2014 bolehlah membuat pendaftaran untuk anak masing-masing.
Berikut adalah panduan mendaftar yang ibu bapa perlu patuhi untuk anak-anak mereka ke peringkat pendidikan tersebut.
Syarat atau Kelayakan Pendaftaran Online Kemasukan Murid Prasekolah
- Syarat pendaftaran adalah terbuka kepada anak warganegara Malaysia sahaja.
- Kemasukan Tahun 2019 adalah dibuka kepada kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
- Kemasukan Tahun 2020 adalah dibuka kepada kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
Tarikh Pendaftaran Online dan Permohonan Secara Manual
Tarikh Dibuka | Tarikh Ditutup | |
Online | 1 Mac 2018 | 30 April 2018 |
Manual | 1 Mac 2017 | 31 Mei 2018 |
Klik Borang Online: https://eprasekolah.moe.gov.my/ |
1. Pendaftaran Pengguna. Masuk laman e-prasekolah yang akan tertera di bawah. Pastikan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini telah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran akses maklumat dalam talian online.
Aplikasi Daftar Pengguna | Borang Manual Daftar Pengguna Ibu Bapa |
2. Untuk pendaftaran yang dilakukan secara manual, ibu bapa boleh terus berkunjung ke sekolah atau institusi pra-sekolah KPN beserta dengan dokumen lengkap mengikut tarikh buka pendaftaran seperti yang dinyatakan di atas. Senarai sekolah atau institusi hanya boleh didapati dalam laman ini: Senarai Sekolah Seluruh Malaysia
Manakalah ibu bapa yang membuat pendaftaran secara atas talian online, setelah melengkapkan borang dalam talian online, perlulah mencetak borang/surat permohonan pendaftaran beserta dokumen yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon untuk anak mereka. Tarikh tutup hantar dokumen adalah sebelum 31 Mei 2018.
Mengenai keputusan permohonan pendaftaran online, ibu bapa hanya perlu Login laman pengguna seperti pautan yang diberikan di bawah;
Tarikh Semakan Dibuka | Tarikh Semakan Ditutup |
_ Ogos 2018 | _ Ogos 2018 |
Pautan: Semakan dan Panduan Rayuan Prasekolah 2018 |
Manakalah semakan keputusan pendaftaran prasekolah melalui manual, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak di sekolah tempat permohonan dibuat.
Tarikh Semakan Dibuka | Tarikh Semakan Ditutup |
_ Ogos 2018 | -belum ada tarikh tutup- |
*Maklumat dan jadual rasmi adalah tertakluk kepada perubahan dan kemaskini akan dilakukan dari masa ke semasa setelah pengumuman rasmi dikeluarkan.
BERKAITAN:
Permohonan SKIM Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi
Permohonan UPU Online UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA/Metro
Permohonan Institusi Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan
ASSALAMUALAIKUM SAYA DAFTAR ONLINE PRASEKOLAH UTK SESI 2019 APAKAH LANGKAH SETERUSNYA
salam.. saya dah daftar tapi bila saya ingin isi borang dan log masuk dibagitau mykad belum mendaftar. bila saya cuba daftar sekali lagi dibagtitau telah mendaftar..
so mcmmna iye saya nk daftar prasekolah ank saya.
terima kasih
Wslam. Puan kena daftar pengguna terlebih dahulu.
Anak saya lahir pada Mei 2014. kemasukkan pra sekolah bg anak saya pada tahun 2020. Sy dah isi online permohonan ke pra sekolah, adakah sy perlu hantar segala maklumat detail anak ke pihak sekolah yang dipohon sebelum 31.mei 2018. Saya kurang jelas… info yang dinyatakan adalah untuk kemasukkan pra 2019. Sekian terima kasih.
terima kasih atas pertanyaan puan. Untuk makluman, puan boleh semak keputusan permohonan dengan melalui online sekiranya permohonan dibuat melalui online. Oleh itu, puan tidak perlu lagi untuk menghantar maklumat ke pihak sekolah secara manual. walau bagaimana pun, puan boleh terus merujuk ke pihak sekolah yang hendak dipohon untuk pendaftaran prasekolah. terima kasih.
Assalamualaikum wbt
Bilakah pendaftaran Pra sek untk sesi 2019 berumur 6tahun..
Lahir Mac 2013..
assalamulaikum..sy ingin bertanya ank sy brumur 5 thn dan bersekolah pra pd thn ini..so pd thn dpn umurnya 6 thn dan ingin bersekolah di sekolah yg sm jd perlu ke sy daftar semula..