9 PEKERJAAN LUMAYAN BAGI FRESH GRADUATE

pekerjaan lumayan bagi fresh graduate

Assalammualaikum. Sebelum ini admin ada berkongsi tentang tips mengelak daripada dipecat oleh majikan. Pada hari ini, admin ingin berkongsi tentang bagaimana graduan boleh menjana pendapatan sewaktu belum mendapat pekerjaan yang sesuai mengikut bidang. 9 pekerjaan lumayan bagi fresh graduate ini merupakan hasil daripada responden SL1M TNB yang diadakan dalam kelas ILSAS. Responden merupakan graduan bidang kewangan yang sudah mempunyai banyak pengalaman berkerja sebelum dipilih menjadi pelatih SL1M. Mari admin kongsikan.

BERKAITAN: Permohonan Guru Tabika KEMAS 2017

1.) Membuat Bisnes Online (Dropship)

Daripada bisnes ini, anda hanya membelanjakan kuota internet atau perlu wifi percuma di mana-mana tempat. Ramai peniaga online menjadi ajen dropship kerana ia tidak memerlukan modal untuk produk. Kerja anda hanya mencari pelanggan dan memungut komisen dari penjual. Semakin ramai pembeli semakin banyak hasil. Bisnes ini juga boleh dilakukan walaupun masih belajar. Lebih 75% rakyat Malaysia yang berkerja aktif online sama ada di Facebook, Whatsapp, Instagram, Tweeter dan sebagainya. Rebutlah peluang ini. Mengikut pengalaman, pendapatan boleh mencecah 5k sebulan dan berdasarkan prestasi jualan semasa.

2.) Bina Website Adsense

Bagi graduan yang mahir dalam bidang IT, website merupakan peluang yang boleh menjana pendapatan. Website yang didaftarkan dengan adsense akan mendapat ganjaran daripada Google dalam bentuk wang dollar Amerika. Untuk lebih lanjut, anda boleh search proses di laman web atau Youtube. Pendapatan pekerjaan ini boleh mencecah RM10,000.00 sebulan.

3.) Bisnes Air

Ramai tidak tahu bisnes ini mampu menjana sehingga RM300 sehari. Bisnes air ada banyak jenis. Sama ada air buat atau air kedai. Air buat adalah air yang perlukan proses seperti air kelapa sejuk, air cendol, air jambu dan sebagainya. Manakalah air kedai ialah air minuman tin, kotak atau botol mineral yang dibeli dari kedai kemudian dijual semula dengan harga markup. Salah seorang responden mengatakan air buat hanya memerlukan modal RM50-RM100 dengan hasil jualan mencecah RM300 sehari. Ini bererti sekurang-kurangnya untung bersih RM200. Seorang graduan perlu elakkan merasa segan untuk membuat bisnes ini. Di luar sana ada banyak pasaran yang berpotensi menghabiskan jualan air anda. Selain di pasar, anda juga boleh menjual air di stesen bas, kawasan rekreasi, tempat himpunan, dan event yang berpotensi mendapat pelanggan.

4.) Kerja Kontrak atau Buruh (3D)

Tahukah anda, kerja kontrak tidak semestinya di tapak pembinaan bangunan, membersi longkang dan sebagainya. Ada antara kerja buruh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM250 sehari. Antaranya memotong rumput (mesin). Di KL, upah memotong rumput boleh mencecah RM30 bagi satu halaman rumah. Bergantung dengan keluasan yang hendak dibersihkan. Bayangkan sekiranya anda berjaya membersihkan 10 buah rumah dalam sehari. Pendapatan RM300 kasar dalam genggaman anda. Mulai hari ini, graduan harus memikirkan semula bidang ini kerana ia tidak mustahil mampu menjana RM7000 hingga RM10000 sebulan.

5.) Usahakan Kebun.

Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah yang terbiar, ia merupakan peluang yang hanya perlukan tindakan dari anda untuk usahakan. Meskipun agak eksotik, namun graduan yang bijak mampu melihat peluang yang ada disediakan oleh kerajaan dalam program-program usahawan muda. Sebagai contoh, Jabatan Perladangan mengadakan kursus percuma. Anda boleh menyertainya. Sekiranya bernasib baik, anda mungkin dipilih untuk mendapatkan geran atau peruntukan mengusahakan tanah sendiri. Selain daripada itu, sekiranya anda sudah familiar dengan kerja menanam sayur-sayuran, anda hanya mula usahakan tanah tersebut kerana pelanggan di pasaran bagi jenis ini tidak pernah habis.

6.) Agent atau Sales

Kerja ini mudah sahaja. Anda hanya perlu pandai memikat pelanggan yang berpotensi. Di luar sana terdapat puluhan malah ratusan syarikat yang memerlukan khidmat ejen. Sama ada jualan servis atau barangan. Anda pernah dengar takaful bukan? Percaya atau tidak, abang-abang dan kakak-kakak kita yang baru setahun dua berkecimpung dunia insuran mampu menjana sehingga RM5000 ke atas hasil daripada komisenĀ jualan mereka. Langkah yang perlu dilakukan, daftarakan diri, ikuti kursus, pelajari kemahiran bercakap, dan berusaha. Moga berjaya.

7.) Guru Tuisyen/Mengaji

Sebagai seorang graduan, ilmu yang ada boleh dimanfaatkan untuk memperoleh pendapatan. Sebagai contoh, membuka kelas tuisyen atau kelas mengaji Al-Quran. Sama ada bidang akademik atau agama, bergantung. Anda boleh mengajar pelajar UPSR, PT3 dan SPM kerana silibus untuk pelajar ini tidak jauh daripada memori anda. Manakalah kelas Al-Quran pula, anda boleh lakukan di rumah anda atau ke rumah ibu bapa kanak-kanak yang ingin diajar. Walaupun pekerjaan ini tidak mampu menguntungkan, namun sekurang-kurangnya anda mampu membuat sedikit simpanan dan hadiah baju raya untuk ibu bapa.

8.) Pengasuh

Di Kota Kinabalu, upah pengasuh kanak-kanak yang berusia 3 dan 4 tahun adalah RM500 sebulan. Kerja ini hanya perlu dilakukan di rumah anda. Percuma dan tidak perlu membuka premis. Kanak-kanak daripada saudara dan jiran yang mempercayai anda mungkin sudah bersedia menerima khidmat anda. Bayangkin sekiranya anda mengasuh 5 orang kanak-kanak. RM2500 dalam genggaman!

pekerjaan lumayan bagi fresh graduate
mau kerja gaji mahal

9.) Runner atau Personal Posmen.

Kerja ini masih asing di kalangan masyarakat Malaysia. Graduan khasnya yang lelaki amat sesuai dengan pekerjaan ini. Kerjanya adalah menyediakan khidmat pengahantaran barang dari satu tempat ke satu tempat yang dipesan oleh pelanggan. Anda mempunyai kenderaan bukan? Sekurang-kurangnya mempunyai motosikal. Ramai graduan memiliki motosikal sejak di universiti. Jangan jual motosikal anda dan manfaatkan ia untuk kerja personal posmen. Walaupun belum ada undang-undang khas bagi kerja runner, ia boleh dilakukan dengan keadaan personal atau peribadi. Dan ia bergantung dengan perjanjian antara pelanggan dan anda. Sebagai contoh, pelanggan memesan anda untuk membeli 3kilo gula halus di Giant pada jam3.00 pm dan perlu dihantar ke rumah pelanggan sebelum jam5.00 pm dengan persetujuan upah RM10 tidak termasuk kos gula. Selain itu, anda juga boleh lakukan kerja mengangkut barang yang sudah dibayar oleh pelanggan dan hanya perlu dibawa kepada pelanggan. Sebenarnya kerja ini sudah diamalkan oleh kereta sewa dan bas ekspres. Namun personal posmen masih asing.

Kesemua 9 pekerjaan lumayan bagi fresh graduate yang disenaraikan di atas mungkin tidak cukup kerana masih terdapat banyak idea di luar sana untuk graduan. Dengan sedikit perkongsian yang didapati daripada responden SL1M ini, semoga bermanfaat kepada graduan yang masih tercari-cari idea untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang boleh menguntungkan. Selamat maju jaya.

*Adakah anda telah dipanggil untuk mengahdiri sesi temuduga kerja? Di sini anda boleh mengetahui 11 contoh soalan dan jawapan temuduga. Jangan sia-siakan peluang anda untuk lulus temuduga. Pelajari tips ini segera.