PDRM Perkenal Aplikasi MyBayar Saman dan Tawar 50% Diskaun

PDRM Perkenal Aplikasi Bayar Saman

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini telah melancarkan satu aplikasi baharu untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat pembayaran saman secara online. Aplikasi tersebut telah berjaya dirasmi pelancaranya oleh ketua polis negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman. PDRM perkenal aplikasi MyBayar Saman seterusnya menjadikan JSPT terus melangkah ke hadapan dalam inovasi pengurusan saman.

Menurut JSPT, aplikasi tersebut dilancar bagi memenugi kehendak dan trend semasa masyarakat yang lebih suka menggunakan sistem pembayaran online di telefon bimbit. Menurut data, sebanyak 5.37 juta saman sejak 2016 hingga 2020 telah dicatatkan dan pembayar saman melalui online menunjukkan trend peningkatan kepada 46.7% pada 2020 berbanding hanya 18.5% pada tahun 2019.

Data ini seterusnya menunjukkan keperluan jabatan tersebut untuk membangunkan aplikasi agar dapat memenuhi kehendak pengguna online. Ia juga bertujuan untuk membudayakan norma baharu yang mana pengguna tidak lagi perlu hadir ke jabatan trafik yang terdedah kepada pelanggaran SOP.

PDRM Perkenal Aplikasi Bayar Saman
Kredit Gambar: PDRM introduce MyBayar Saman

Muat turun aplikasi (panduan) sekarang untuk mendapatkan peluang diskaun sebanyak 50% bermula 25 Mac hingga 11 April 2021.

BERKAITAN: Ambilan Jawatan Kosong Polis Konstabel YA1 (Non Bumi)

PDRM perkenal aplikasi bayar saman yang telah dilancarkan dan pengguna yang masih mempunyai saman di bahagian trafik berpeluang mendapat diskaun sebanyak 50% sehingga 11 April 2021.