Panduan Ringkas Membuat Website Blogger Malaysia

panduan ringkas membuat website

Ramai yang ingin membuat website tetapi tidak tahu caranya. Ada yang sanggup mengupah designer dan ada yang sanggup membeli dari developer. Sebenarnya mudah sahaja membuat website sekiranya kita fahami panduan ringkas membuat website ini.

Perbezaan Blog, WordPress.com dan WordPress.org

Blog adalah sejenis CMS (Content Management System) yang hosted. Maksudnya bila kita membuat blog, alamat blog kita akan ‘blogspot’. Hosted ertinya ia bukan milik kita. Kita akan menghadapai keterbatasan untuk membuat tatapan.

WordPress.com juga hampir sama seperti blog. Ia adalah CMS yang hosted. Alamat juga akan ada ‘wordpress.com’. Contohnya, myeidos.wordpress.com. Sekiranya anda membuat website untuk tujuan menjadi publisher Google Adsense, wordpress.com tidak membenarkanya. Dashboard (papan pemuka) Blog dan WordPress.com tidak boleh diubah meskipun anda pakar code atau html. Kerana kedua-dua CMS ini hosted, dimiliki orang lain. Anda hanya mampu ubah templates, text html, dan install widget.

WordPress.org merupakan CMS yang banyak digunakan. Malah website gergasi dunia seperti Forbes, CNN, dan di Malaysia seperti SinarHarian juga menggunakan CMS ini. Alasanya kerana wordpress.org adalah self hosted. Ertinya, kita adalah pemilik penuh website dan bebas mengendalikan dashboard, tatapan, html, dll tanpa batas.

panduan ringkas membuat website

Sekiranya anda ingin membuat website percuma, boleh pilih blogspot atau wordpress.com. Tapi sekiranya anda ingin website yang cool, macho, dan milik penuh, pilihlah wordpress.org. Kenapa saya cakap cool? Sebab ia adalah milik penuh anda. Apa guna ada kereta Mitsubishi Evo X kalau masih milik bank.

Panduan Ringkas Membuat Website Dengan WordPress.org

Membeli Hosting dan Domain. Hosting adalah tempat fail-fail disimpan. Domain adalah nama website anda. Untuk membeli web hosting dan domain, saya sarankan beli di Serverfreak.com. Ramai blogger Malaysia yang beli host dan domain di sini.

Memilih package hosting. Basic, Value, Semi-Pro, Professional dan Ultimate. Setiap package ini ada kelebihanya. Untuk pemula, saya sarankan ambil basic dahulu.

Kenapa ada banyak hosting package? Setiap package menawarkan peringkat kelebihan. Untuk basic, had data hanya 25G. Had data ialah mengenai content, installed plugin, updates, dan traffic pengunjung ke dalam website. Semakan banyak content (artikel), semakin banyak plugin yang dimuat turun, dan semakin banyak pengunjung, maka semakin banyak data digunakan. Dalam package ini juga, anda boleh menambah hanya sebanyak 2 domain lain. Ini terpulang kepada serverfreak untuk menawarkan package semasa mereka.

BERKAITAN: Perbezaan Visitor dan View Dalam Website Anda

Anda perlu membeli hosting dan domain dahulu sebelum memuat turun fail wordpress.org. Selepas ada hosting dan domain, akan ada langkah seterusnya untuk cara-cara muatnaik fail wordpress di hosting anda.

>>>Baca Seterusnya…