Panduan Pendaftaran MUET Sesi Julai 2017 ke Portal MPM

panduan pendaftaran muet

Makluman kepada pelajar yang bakal menduduki Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2017, ini panduan pendaftaran MUET yang perlu dipatuhi.

Tarikh-tarikh Penting Pendaftaran MUET Untuk Sesi Julai 2017

Pendaftaran Online MUET Sesi November 2017


Panduan Pendaftaran MUET Sesi Julai Menerusi Aplikasi Online

Pautan pantas Portal Rasmi MPM: eSubmission MUET July 2017

Calon Persendirian: Manual Pengguna

Aplikasi Online: Panduan Pendaftaran Calon


Kertas Yang Ditawarkan Dalam MUET

  • 800/1 : Listening (30 minit)
  • 800/2 : Speaking (30 minit)
  • 800/3 : Reading (90 minit)
  • 800/4 : Writing (90 minit)

Bayaran Untuk Menduduki Ujian

  • Yuran Pendaftaran RM 40.00
  • Yuran Mata Pelajaran RM 60.00
  • Caj PIN MEC di BSN RM 1.06

Jumlah: RM 101.06

Panduan Pendaftaran MUET Mengikut Kategori Calon

Calon Sekolah

  • Pendaftaran bagi calon sekolah boleh dibuat melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu http://online.mpm.edu.my
  • Jumlah bayaran adalah RM101.06 termasuk caj pembelian nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Semakan status untuk calon MUET sesi Julai 2017 boleh dibuat pada 9 Jun 2017.
  • Semakan status juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET>jarak<INFO<jarak<No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
  • Calon dikehendaki muat turun dan mencetak Slip Daftar MUET untuk dibawah ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Calon Persendirian

  • Pendaftaran bagi calon persendirian boleh dibuat melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my
  • Jumlah bayaran adalah RM101.06 termasuk caj pembelian nombor PIN MEC yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Semakan status untuk calon MUET sesi Julai 2017 boleh dibuat pada 9 Jun 2017 di http://www.mpm.edu.my
  • Semakan status juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET>jarak<INFO<jarak<No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
  • Calon dikehendaki muat turun dan mencetak Slip Daftar MUET untuk dibawah ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Calon Istimewa

  • Calon yang terdiri daripada cacat penglihatan (buta atau rabun), cacat anggota (spastik), cacat pendengaran (kurang dengar atau pekak), cacat pertuturan (sengau), dan lain-lain hendaklah dimaklumkan kepada SPP JPN selewat-lewatnya pada 19 Mei 2017 bagi calon MUET Sesi Julai.
  • Jumlah bayaran adalah RM101.06 termasuk caj pembelian nombor PIN MEC yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Hendaklah sertakan dokumen yang membuktikan ketidakupayaan seperti laporan perubatan, Kad Jabatakan Kebajikan Masyarakat atau pengesahan Pengetua (bagi calon istimewa yang bergelar pelajar sekolah/institusi).
  • Jenis ketidakupayaan dan kemudahan yang hendak dipohon hendaklah diisi dalam borang MUET/C5 atau MUET/C6 yang boleh dicetak melalui http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my
  • Borang MUET/C5 atau MUET/C6 yang siap diisi dengan lengkap hendaklah disertakan dokumen ketidakupayaan.
  • Semakan status untuk calon MUET sesi Julai 2017 boleh dibuat pada 9 Jun 2017 di http://www.mpm.edu.my
  • Semakan status juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET>jarak<INFO<jarak<No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
  • Calon dikehendaki muat turun dan mencetak Slip Daftar MUET untuk dibawah ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Keputusan MUET

Semakan keputusan MUET boleh dibuat di http://www.mpm.edu.my atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET>jarak<RESULT>jarak<No Kad Pengenalan dan hanter ke 15888

Panduan Pendaftaran MUET seperti yang diterangkan di atas boleh disemak dengan melalui pautan Portal MPM dan sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pendaftaran Online MUET Sesi November 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*