Panduan Membayar Cukai LHDN dan Senarai Semak Persediaan

panduan membayar cukai

Sebagai seorang rakyat Malaysia, membayar cukai merupakan salah satu tanggungjawab kepada negara. Ia merupakan satu pengorbanan seorang rakyat kepada kerajaan. Ia juga merupakan satu simbol patriotisme individu terhadap negara. Manakalah hasil pungutan cukai pula akan dimanfaatkan oleh kerajaan bagi pelbagai tujuan perbelanjaan seperti pembangunan, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi yang mana ia akan kembali kepada rakyat jua. Demikian itu, kerajaan harus berbelanja secara telus dan berhemah wang rakyat itu tadi. Maka, setiap warga yang layak membayar cukai haruslah menunaikan kewajiban tersebut terhadap negara. Berikut kami kongsikan panduan membayar cukai melalui LHDN.

Panduan Membayar Cukai Melalui LHDN

Sebagai makluman, salah satu syarat bagi seseorang individu dikehendaki membayar cukai ialah apabila pendapatan tahunan mencecah RM34,000.00 setahu. Sebagai contoh;

Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Senarai Semak Untuk Persediaan Membayar Cukai

1. Berikut adalah anatara senarai borang dan kategori kegunaanya.

Jenis Borang Kegunaan
EC Pekerja kerajaan/Penjawat Awam
EA Pekerja swasta
CP58 Pekerjaan yang memperoleh pendapatan melalui komisen seperti ejen penapis air, takaful, unit trust dll.
BE Kerja makan gaji sahaja
B Kerja makan gaji, ada komisen dan pendapatan perniagaan

Sekiranya kerja makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar ada elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila abaikan kerana ia dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. Pelepasan dan Kiraan HK15

Individu yang mempunyai ibubapa kandung/angkat (sah) yang berumur lebih 60 tahun atau masih bekerja tetapi pendapatan tahunan kedua-duanya tidak melebih RM24,000 boleh menuntut claim sebanyak RM1500 seorang atau RM3000 sekiranya kedua-duanya bekerja.

Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri. Sekiranya yang ada adik beradik ramai dan masing-masing hendak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran

Sila minta penyata pada tahun sebelumnya daripada ejen Takaful. Pada kebiasaanya penyata akan di pos setiap bulan. Ia penting kerana dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tidak dibenar tolak cukai. Pada kebiasaanya ada dinyatakan dalam penyata. Oleh itu, elakkan mengisytihar sekiranya ada dinyatakan.

Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup

Pastikan anda menyimpan resit-resit dan bil seandainya pada tahun sebelumnya ada beli dan bayar seperti,

  • smartphone/komputer/laptop/tablet
  • buku/ subscription news online
  • bil langganan internet
  • Pembelian alat sukan / yuran gym

Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi sahaja, bukan untuk perniagaan.

5. Resit Alatan Penyusuan

Pastikan juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Suami adalah terkecuali.

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.

Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:

  1. Set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
  2. ekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
    and storage equipment); serta
  3. Set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

6. Resit Pra-Sekolah

Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim adalah RM2,000. Pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i

Sekiranya ada SSPN-i, anda boleh claim amaun bersih

Contoh: Dalam tahun 2020,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).

8. Resit bayaran zakat

Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun seperti zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan.

9. Lain-lain Maklumat Panduan Membayar Cukai

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini). Maklumat lebih lanjut boleh layari https://byrhasil.hasil.gov.my/

Permohonan Online Bantuan Prihatin Rakyat