Pakatan Harapan Lancar Belanjawan Alternatif 2018 Untuk Rakyat

pakatan harapan lancar belanjawan alternatif

PARLIMEN. Sidang Ketiga Penggal Kelima Parlimen. Pakatan Harapan lancar Belanjawan Alternatif untuk Malaysia menjelang pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam sidang parlimen yang dijangkakan pada 27 Oktober (jumaat) nanti. Ketua Pembangkang Wan Azizah Wan Ismail bersama pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengumumkan Belanjawan Alternatif 2018 di bilik jawatankuasa 2, di parlimen hari ini 25 Oktober.

‎Wan Azizah Wan Ismail mengulas, “bajet PH mensasarkan untuk menghapuskan pembaziran dan rasuah, dianggar berjumlah RM20 bilion, serta pemotongan bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Semasa pentadbiran (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003, JPM berfungsi dengan peruntukan RM5 bilion.

“Menggunakan pengiraan ‘nilai masa wang’ dengan purata Indeks Harga Pengguna (IHP) 3.5%, peruntukan Dr Mahathir pada hari ini adalah RM8.40 bilion,”katanya.

Dengan bertemakan ‘Dengan cogan kata ‘Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan’, berikut adalah sepuluh intipati Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2018-AWANI

Tawaran Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan

  1. Mansuhkan cukai GST yang membebankan rakyat
  2. Bantu penghutang PTPTN dan pendidikan percuma untuk rakyat
  3. Pelaksanaan gaji minima di seluruh negara RM1,500
  4. Skim sewa beli untuk semua rakyat memiliki rumah
  5. Jimat RM20 bilion daripada dasar hapus rasuah
  6. Hapus campur tangan politik dalam Felda
  7. Hapuskan tol dengan beli balik konsesi
  8. Naikkan royalti minyak Kelantan, Terangganu, Sabah dan Sarawak kepada 20%
  9. Cuti bersalin 120 hari dengan paras gaji sama yang setara dengan kakitangan lelaki
  10. Dana pembangunan RM75 bilion buat penduduk Sabah dan Sarawak.

pakatan harapan lancar belanjawan alternatif

Download PDF Bajet Alternatif PH

BERKAITAN:

Pembentangan Bajet 2017

Intipati Bajet 2018 Oleh Kerajaan

 

1 Trackback / Pingback

  1. Jumlah Bayaran BR1M 2017 Pembentangan Bajet

Comments are closed.