Atlet Paralympic Malaysia Juara Acara 100M di Doha

oku malaysia juara 100m paralympic di doha

Riuh seluruh dunia, OKU Malaysia juara 100M Paralympic di Doha. Meskipun pemenang pingat emas terbanyak masih dimiliki US namun Malaysia berjaya meningkatkan pingat berbanding Olympic sebelum ini. Meskipun gagal mendapatkan emas, atlet negara terus dihargai, mendapat liputan dalam media perdana, akhbar dan maya. Insentif kepada atlet negara yang ke RIO pun diumumkan. Disambut gemuruh sempena kepulangan mereka dari Brazil.

Namun tahukah anda, Paralympic adalah acara yang turut dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Ia disertai pelbagai negara di seluruh dunia. Namun bezanya ia diwakili daripada atlet kurang upaya (OKU).

Malaysia tidak ketinggalan menghantar wakil atlet untuk pelbagai acara yang dipertandingkan. Hari ini, kita boleh merasa bangga kerana kegagalan kita merangkul emas di RIO telah ditebus oleh Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi di Doha.

Beliau telah berjaya merangkul emas dalam acara larian pecut 100m lelaki di Doha menewaskan pelari dari Cuba, China, Argentina dan lain-lain.

Muhamad Ridzuan telah menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. OKU negara yang menyertai Paralympic tidak boleh di pandang sepi lagi. Namun sikap media perdana yang kurang menonjolkan kejayaan mereka menyebabkan perjuangan mereka di Doha seolah kurang dihargai berbanding atlet Olympic. Para menteri juga tidak mengambil berat yang serius akan jasa mereka. Insentif? Hadiah? Elaun? Majlis sambutan di airport? ianya masih tidak jelas.

Sebagai warga Malaysia, penghargaan haruslah diberi kepada siapa sahaja yang berjaya mengharumkan nama negara. Apatah lagi jika mereka itu sekadar kurang upaya. Sukan tetap sukan dan itulah kategori yang mereka pertandingkan. Semoga pihak menteri yang berkenaan dapat memberikan sokongan dan harapan yang seimbang kepada atlet Paralympic seperti mana atlet Olympic yang lain. Sekian.