Motosikal Percuma Untuk Usahawan Mobilepreneur KKLW 2018

motosikal percuma untuk usahawan mobilepreneur

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengumumkan satu bentuk bantuan kepada usahawan luar bandar untuk mengembangkan perniagaan mereka. Geran yang bernilai maksimum RM10,000 bakal dinikmati kepada usahawan muda bagi meningkatkan prestasi perniagaan. Oleh itu, belia yang berumur di bawah 40 tahun atau golongan Berpendapatan Rendah (B40) dengan kurang RM3,860.00 sebulan. Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan motosikal percuma untuk usahawan Mobilepreneur seperti panduan yang ditunjukkan di bawah.

Pengenalan Kepada Usahawan Mobilepreneur

  • Mobilepreneur@KKLW adalah program yang memberi peluang kepada belia Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40) juga menunjukkan kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan mereka di luar bandar.
  • Ia adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan belia luar bandar menjalankan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan bergerak tanpa memerlukan modal yang besar untuk membuka atau menyewa premis perniagaan. Konsep ini selari dengan usaha membantu mereka meningkatkan pendapatan dan taraf hidup. Peluang menceburi bidang¬†keusahawanan ini akan menjadi asas kepada kumpulan sasar mengembangkan perniagaan masingmasing.
  • Sumber:¬†http://www.kemas.gov.my/images/pengumuman/GARIS-PANDUAN-MOBILEPRENEUR-2017.pdf

Syarat Kelayakan Memohonan Program Usahawan Mobilepreneur

  1. Merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur antara 18-40 tahun.
  3. Mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau setaraf.
  4. Memiliki lesen motosikan minimum kelas B2.

Jenis Perkhidmatan Yang Layak Untuk Memohon Geran Usahawan Mobilepreneur

Automotif Penghawa Dingin Elektrikal
Spa dan Kecantikan Jahitan Gunting/Dandanan Rambut
Motosikal Kimpalan Komputer
Elektronik Senggaraan Paip Senggaraan Bangunan
Perkhidmatan Fotografi

Cara Membuat Permohonan Geran Usahawan Mobilepreneur

  1. Baca: Garis Panduan Mobilepreneur
  2. Sila muat turun Borang:  Borang Mobilepreneur
  3. Isi borang yang dimuat turun kemudian lengkapkan dokumen yang diperlukan.
  4. Dapatkan pengesahan daripada JKKK/JKKP/PENGHULU/PENGGAWA/PEGAWAI DAERAH.
  5. Borang yang lengkap hendaklah dihantar secara SERAHAN kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW / MARA / GIATMARA / FELCRA / RISDA / KESEDAR / KEDA / KEJORA / KETENGAH / JAKOA / KEMAS) yang berdekatan. Sila bawa sijil-sijil dan dokumen asal untuk pengesahan.

borang permohonan usahawan mobilepreneur

borang permohonan usahawan mobilepreneur

Jenis Bantuan Ushawan Yang Diberikan Kepada Pemohon Mobilepreneur

Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada usahawan mobilepreneur iaitu Pakej Penuh dan Pakej Hibrid dengan kadar maksimum RM10,000 dan minimum RM6,500.

motosikal percuma untuk usahawan mobilepreneur

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi ke alamat atau talian perkhidmatan pelanggan di bawah:

Bahagian Kemajuan Keusahawanan Desa (BKKD)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Aras 19, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8891 5671/ 5665/ 5668
No. Faks: 03-8881 0264
Emel: zahidi.daud@rurallink.gov.my
zakwan@rurallink.gov.my
masturiah@rurallink.gov.my