Misteri Monyet Bawa Lari Dokumen Sulit Tentera

monyet

Siapakah monyet itu terus menjadi tanda tanya dunia intel. Kes ini turut mengejutkan pasukan CIA, MOSAD, M16, Jason Statham, Tomb Cruise, Conan, Mr.Bean dan badan-badan intel seluruh dunia. Persoalan-demi persoalan, bagaimana monyet mampu melarikan dokumen sulit tentera dari tangan yang paling dikawal di Malayzia. Malah telah menembusi kawalan ketat komander terhebat tanah air.

malu la I nak ngaku...
malu la I nak ngaku…

Meskipun malapetaka ini belum mendapat reaksi menteri pertahanan Malazia, tetapi citizens terus memberikan reaksi yang amat risau dan ragu.

monyet
Gua tak larat kepeten…

Ada pelbagai teori dikemukakan oleh pakar strategi dan pengkaji konspirasi.

“saya berpendapat ini bukan monyet sembarangan. Ia cukup terlatih malah telah menyebabkan seorang anggota tercedera. Mungkin ia robot ciptaan Russia…” Dr.Mohd S***q*

“Benar seperti filem Down of The Planet of Apes. Ia benar-benar wujud. Kes ini menambah keyakinan saya bahawa setiap filem yang diterbitkan Amerika mempunyai mesej yang jelas. Maka tidak mustahil Transformer, Iron Man, Marvel bukan lagi perdebatan ilusi, ia realiti.” Prof Wargrebidik.

“Ini ujian Allah, monyet yang mencuri dokumen tersebut mungkin terlalu lapar. Marilah kita bermuhasabah. Dunia akhir zaman…” Tok Guru Kapal Laut.

“Ini agenda pembangkang! ini mesti dalang Anwar. Dia cukup bahaya.” Ahli Kimia Songkok Terbang

“Monyet itu sebenarnya berasal dari manusia. Tetapi derhaka kepada bigmama. Lalu dia mengambil dokumen. Mungkin dokumen itu terkandung formula rahsia untuk kembalikan dia kepada rupa bentuk asal.” Pakcik Tanah Merah.

rilek bro...jangan kecam saya.
rilek bro…jangan kecam saya.

Inilah kenyataan dan reaksi daripada citizens. Termasuklah mereka yang pakar genetik. Kes ini dikatakan telah didokumentasikan oleh organisasi Intel seluruh dunia malah dicatatkan di Planet Namec.

Terdahulu, kejadian membingungkan para pengkaji ini turut berlaku di Universiti, Rumah Kampung, Sekolah, Hospital dan Surau. Serangan monyet ini terus menjadi misteri yang sukar dirungkai.

Sehingga kini, siapa monyet itu terus menjadi persoalan. Hanya masa sahaja yang akan merungkai segala persoalan. Mungkinkah seseorang sudah menjumpai jawapanya tetapi masih mendiamkan kebenaran tersebut?

kita tidak tahu siapa monyet tersebut tapi sekurang-kurangnya inilah spesis monyet itu.

Screenshot_2016-08-03-09-53-45 Macaca Fascicularis

Inilah jawapan setakat yang diketahui. Spesis monyet misteri yang mencuri dokumen tentera di Malaka itu ialah Macaca Fascicularis. Namanya cukup unik untuk menjadi perbualan dunia…sekian.