Misteri Stesen 61 New York Dikatakan Laluan Rahsia Tersembunyi

misteri stesen 61 new york

Misteri Stesen 61 New York

Ia dibina oleh American Locomotive Company dan pertama kali diguna pada 1938.

Ia dikatakan dibina untuk tujuan mambawa bahan bakar ke Waldorf Astoria New York Hotel namun dibuktikan salah oleh New York Time 1929 dalam kenyataan bahawa ia tidak pernah membawa bahan bakar ke mana-mana lokasi melalui stesen tersebut.

Screenshot_2016-09-01-07-19-12

Dalam mana mana pendedahan, ia tidak akan menemukan fakta yang sebenar berkenaan stesen tersebut. Tidak ada siapa yang tahu tujuan sebenar ia dibina dan tiba-tiba sahaja ditinggalkan. Namun menurut satu laporan pada 1 Mei 2014, ia masih dalam status kegunaan sekali sekala. Apakah misterinya dan apakah kegunaan sekali sekala itu?

Screenshot_2016-09-01-07-21-18

Presiden Franklin Delanold Rosevelt iaitu presiden Amerika yang ke 32 adalah pengguna kedua pada 1944 selepas dirasmikan oleh General John J. Pershing pada 1938.

Kenapa orang penting ini yang menggunakan kereta api stesen 61? Dikatakan Presiden ke 32 itu kerap menggunakan kereta api berkenaan dan selalu tiba di Waldorf Astoria Hotel.

Menurut National Geographic, Franklin Rosevelt sebenarnya mempunyai masalah berjalan dan ia perlu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Kekerapanya muncul di lobi hotel dan seolah-olah normal keluar daripada lobi terus ke kereta dapat menyembunyikan rahsia stesen berkenaan.

Pada masa kini, stesen berkenaan meskipun terbiar tetapi ia masih dalam status boleh guna. Antara sebabnya ialah bagi persediaan menghadapi apa-apa kecemasan seperti penyembunyian atau laluan menyelamatkan diri bagi orang penting Amerika seperti Presiden.

Itulah fakta yang didedahkan mengenai misteri Stesen 61 New York.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*