Panas! Mat Over Tampar David Teo Depan Najib Tapi Rosyam Tetap Win

panas! mat over tampar david teo

Apa yang kecoh sangat ni? Sejak semalam nama David Teo, Mat Over dan Najib tidak henti disebut oleh pengguna media sosial. Tular mengatakan bahawa David Teo kena tampar di hadapan Perdana Menteri Malaysia dalam majlis TN50 semalam. Panas! Mat Over tampar David Teo di hadapan para hadirin daripada artis dan penggiat seni malah hadapan Perdana Menteri kita.

Menurut laporan media alternatif dan video rakaman yang berdurasi tidak lebih tiga minit itu, dalam TN50 merupakan dialog yang terbuka dan santai di antara top to bottom para hadirin. Semalam ia dianjurkan di kediaman rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak. Rosyam selaku pengerusi majlis membuka ruang untuk soal jawab lalu David Teo tampil untuk membuat soalan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

David Teo sebaliknya mempersoalkan cara Rosyam Noor mengendalikan majlis sehingga berlaku kekecohan dalam majlis tersebut. Apa yang berlaku pada akhirnya ialah, Mat Over yang merupakan terkenal sebagai artis pelawak tiba-tiba muncul dari tempat duduknya dan meluruh ke arah David Teo sambil berkata ‘jangan kurang ajar Depan Perdana Menteri’ sebelum menamparnya. Keadaan berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan dan para hadirin yang lain.

Dalam pada itu, Rosyam Noor selaku pengerusi majlis pantas menenangkan keadaan dan membawa semua hadirin fokus semula kepada majlis. Rosyam Noor sekaligus mewakili keseluruhan hadirin untuk memohon maaf kepada YAB Perdana Menteri mengenai kejadian tersebut.

Pada akhirnya, Rosyam telah meminta kedua-dua penggiat seni tersebut untuk tampil di pentas dan membuat permohonan maaf kepada PM sebelum keduanya berpelukan untuk meredakan keadaan.

Mat Over merupakan pelakon veteran tanah air yang banyak berlakan dalam drama melayu dan filem-filem melayu. Manakalah David Teo adalah pengarah filem yang cukup terkenal menghasilkan filem melayu arahanya.

Panas! Mat Over tampar David Teo di hadapan Najib dalam TN50, harapnya keadaan cepat reda dan tenang. Pengguna media sosial terus membicarakan isu berkenaan namun ia dinasihatkan agar tidak memanjangkanya kerana ia sangat mengaibkan Najib dan penggiat seni tanah air itu sendiri.

BERKAITAN: Izara Aishah Memohon Maaf Isu Fesyen