Maksud Zakat Asnaf Al Riqab Bantuan Golongan LGBT?

Zakat merupakan salah satu rukun Islam. Ia mesti ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan adanya sumber zakat, ia dapat diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Golongan ini dinamakan sebagai asnaf. Di dalam Islam, definisi asnaf sangat luas dan terdapat banyak kategori. Salah satunya ialah asnaf al riqab. Berikut adalah huraian mengenai maksud zakat asnaf al riqab.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47

Maksud Zakat Asnaf Al Riqab

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

BERKAITAN: Fakta Kes Lesbian Disebat Di Mahkamah Syariah Terengganu

KAEDAH MENYAMPAIKAN ZAKAT KEPADA ASNAF AL-RIQAB

Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab di bawah adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

SENARAI KATEGORI ASNAF AL-RIQAB

1. Masalah sosial

(a) Terbelenggu dengan dadah

i. Penagih dadah.
ii. Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah

i. Minum arak.
ii. Zina.
iii. Judi.
iv. Khalwat
v. Buang anak
vi. Mengandung luar nikah.
vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
viii. Sumbang mahram.
ix. Persetubuhan haram.
x. Muncikari (ibu ayam).
xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam

i. Tidak solat.
ii. Tidak puasa.
iii. Buang anak.
iv. Usaha ingin bunuh diri.
v. Hidup bersama pelacur.

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang

i. Pelacur.
ii. Lesbian.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gigolo.
vii. Biseksual.
viii. Pengkid.
ix. Tomboy.
x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

(e) Terbelenggu dengan kes juvana

i. Gangster.
ii. Jenayah melibatkan harta benda.
iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.
iv. Kes rompak.
v. Pecah rumah.
vi. Kes rogol.
vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.
viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik

i. Penyakit HIV/AIDS.
ii. Kanser/barah.
iii. Tibi.
iv. Hepatitis.
v. Dan lan-lain.

2. Masalah Akidah:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat

i. Doktrin palsu.
ii. Mengaku menjadi nabi.
iii. Menghina Islam.
iv. Pemujaan salah.
v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong

i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.
ii. Oranmg yang dalam proses Istitabah.

maksud zakat asnaf al riqab

Fatwa Zakat Al-Riqab bukanlah sesuatu yang baharu. Kerajaan negeri Selangor telah mewartakan fatwa tersebut sejak 7 Jun 2012. Warta tersebut boleh dimuat turun ke pautan ini bagi mendapatkan info jelas mengenai maksud zakat asnaf al riqab : http://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/koleksi_fatwa/2012/P.U.55.pdf