Kenapa Makanan Sihat Mesti Mahal?

makanan sihat

Perkongsian Tips dan Isu Makanan Sihat.

>selamat menyambut hari raya korban<

Makanan bukan sekadar menjadi keperluan manusia malah kadang kala ia menjadi kehendak manusia. Makanan menjadikan badan kita bertenaga dan mampu melakukan kerja. Manusia pula akan mati jika tidak makan. Selepas Perang Dunia 1 meletus, US telah menghantar 10 juta tan pelbagai jenis makanan untuk menampung kebuluran di Eropah. Perang Jerman-Eropah juga menyaksikan kebuluran yang melampau sehingga mengakibatkan lebih 10 ribu kematian. Kebuluran ertinya kualiti makanan akan terjejas kerana terpaksa menampung kapasiti pengguna yang ramai. Kebuluran juga akan mengakibatkan makanan dengan apa jenis sekalipun tidak akan memenuhi keperluan badan.

Kenapa Makanan Yang Sihat Mahal?

Persoalan ini sengaja dilontarkan tatkala kos harga barang yang tidak menentu sedang dihadapi pengguna. Di Malaysia, kebuluran dan masalah kurang nutrisi bukanlah perkara yang serius. Malah rakyat negara ini mungkin dapat lebih makanan kerana gejala penyakit yang direkod jabatan kesihatan kebanyakanya berkaitan dengan masalah lebih makan seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.

MENARIK: Petua Merawat Resdung Dengan Kaedah Tradisional

Mengenai makanan sihat, beberapa perkara yang mungkin typical bagi sesetengah pihak namun bagi saya harus diambil perhatian. Walaupun catatan kesihatan mengatakan rakyat negara ini cukup malah lebih makan, namun sebenarnya masih ada segelintir masyarakat terpinggir yang tidak mampu mengakses maknan sihat sama seperti yang diperolehi orang lain.

Ini termasuklah golongan homeless, anak yatim yang terbiar, miskin tegar, dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, keperluan makanan sihat terhadap golongan ini sangat mustahak.

Namun adakalahnya makanan sihat itu seperti sengaja disukarkan untuk dimiliki ramai. Mungkin ini disebabkan kesukaran untuk mendapatkan stok daripada sumber atau ia terlalu terhad. Yang murah tapi tidak sihat pula sangat mudah untuk dimiliki. Ini termasuklah kebanyakan jenis fast-food yang dijual di tengah-tengah kota.


Dilema yang dihadapi masyarakat kota ialah kesukaran mendapatkan makanan segar lagi sihat dengan harga yang murah. Selain stok terhad daripada sumber yang dijual, mungkin juga disebabkan kehidupan kota itu menghalang kita untuk menanam sendiri. Maka disebabkan itulah penjual mengambil kesempatan dengan meletakkan harga mahal bagi bahan yang segar dan sihat.

“yang mudah dimiliki itu murah, yang sukar dimiliki itu mahal”

Kalau penduduk kota itu hadapi masalah seperti ini, bagaimana pula nasib mereka yang miskin di kota, homeless dan sebagainya. Sedangkan fast-food itu pun belum tentu mampu dinikmati, jauh sekali makanan-makanan sihat yang mahal.

Mungkin inilah yang dikatakan yang baik-baik itu mahal. Makanan segar mahal. Ayam suntik murah. Itulah sifir harga yang dijalankan dalam pasaran. Keprihatan kita terhadap keutamaan makanan sihat haruslah ditingkatkan. Nasib sebahagian golongan yang kurang mampu mengakses maknan sihat ini mungkin ramai yang masih tidak tahu. Tidak seperti para elitis yang mampu menikmati makanan-makanan termahal seluruh dunia ini.