10 Makanan Yang Disangka Merbahaya Sebenarnya Tinggi Khasiat

makanan merbahaya

Setiap orang menganggap makanan yang tinggi kalori merbahaya kepada kesihatan tubuh badan manusia. Terutamanya makanan yang mengandungi gula tinggi. Namun, keadaan yang sentiasa berubah seiring dengan tahap kesedaran dan pengetahuan kita tentang makanan. Di sini, kami ingin kongsikan fakta 10 jenis makanan merbahaya kerana mengandungi lemak tinggi tetapi sebenarnya mempunyai khasiat yang tidak diduga.

1.) Avokado
Kebanyakan buah-buah yang manis mengandungi karbohidrat tetapi berbeza dengan buah avokado yang mengandungi lemak yang amat tinggi. Buah ini mengandungi 77% kalori. Buah ini juga mengandungi kalium dan serat yang amat tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular.

2.) Keju
Keju dilihat sangat berlemak namun hakikatnya keju memiliki kandungan yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Ia sangat kaya dengan kalsium, Vitamin B-12, fosforus, selenium dan nutrien lain. Ia juga sangat kaya dengan kandungan fatty acid yang dipercayai mampu mengurangkan risiko diabetes.

3.) Coklat gelap
Coklat bukan sahaja snek yang digemari ramai malah sebenarnya mengandungi pelbagai nutrien yang sebenarnya mampu membantu dalam kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi 11% serat, 50% RDA seperti zat besi dan magnesium. Kandungan ini bermanfaat sebagai antioksida kepada darah tubuh badan. Antara lain kajian yang didapati dengan memakan coklat gelap ini mampu meningkatkan keupayaan otak, dan membantu keupayaan kulit anda lebih bertahan apabila terdedah kepada sinaran matahari. Umumnya coklat makanan merbahaya tetapi coklat gelap sangat berbeza.

4.) Telur Ayam
Telur merupakan makanan yang paling padat di dunia mengandungi nutrien. Walaupun telur mempunyai kuning telur yang sangat tinggi lemaknya namun telur juga mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh badan. Ia mengandungi antioksidan, choline (90% manusia kekurangan nutrien ini yang sangat diperlukan untuk otak). Telur juga membantu mengurangkan berat badan kerana mengandungi banyak protein. Walaupun telur mengandungi tinggi kolestrol, namun kolestrol yang ada pada telur tidak menyebabkan kepada kegemukan.

5.) Ikan Salmon Gemuk.
Ia mengandungi Omega-3 fatty acid. Kandungan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan. Ikan salmon juga kaya dengan Vitamin D.

6.) Kacang.
Kacang merupakan makanan pantang bagi pesakit gout di Malaysia. Walaupun ia mengandungi lemak yang amat tinggi, namun sebenarnya ia mempunyai nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antaranya serat yang tinggi, vitamin E, magnesium dan mineral. Kandungan ini sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.

7.) Benih Chia
Mengandungi 80% lemak tetapi tinggi Omega-3 (ALA) yang membantu mengurangkan tekanan darah serat anti-radang.

8.) Minyak Zaitun
Sangat tinggi lemak, tetapi kaya dengan vitamin E dan K yang mana sebagai antioksida. Membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko sakit jantung.

9.) Kelapa dan Minyak Kelapa
Secara tradisional, minyak kelapa dijadikan sebagai minyak untuk memasak. Ia mengandungi lemak yang amat tinggi dan merbahaya kepada kesihatan sekiranya berlaku pengambilan yang melampau. Namun, minyak kelapa yang segar sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi asid lemat rantaian sederhana yang membantu mengurangkan selera makan, meningkatkan pembakaran lemak dan sebagainya.

10.) Yogurt
Yogurt yang penuh lemak sebenarnya baik untuk kesihatan. Ia mengandungi semua nutrien sama seperti produk tenusu yang lain. Namun anda mestilah betul dalam memilih yogurt. Yogurt yang rendah lemak sebenarnya banyak dicampur dengan kandungan gula. Yogurt yang sebenar ialah yang mengandungi lemak tinggi. Pastikan anda melihat lebel sebelum membeli. Kajian menunjukkan bahawa yogurt membantu dalam proses penghadaman.

Senarai makanan merbahaya di atas sebenarnya tidak baik sekiranya diambil tanpa kawalan. Apa pun makanan, ia masih baik untuk tubuh badan selagi terkawal. Sebab itu pentingnya kita ketahui piramid makanan. Apa yang perlu dimakan banyak dan apa yang perlu dikurangkan.

BERKAITAN: Tips Kesihatan Untuk Lelaki Hensem