Live Streaming JDT vs Sabah Liga Super 15.7.2022

Live Streaming JDT vs Sabah

Hasil sentuhan jurulatih Sabah yag terkenal, Datuk Ong Kim Swee, pasukan Sabah kini menjadi salah satu pasukan yang mampu bersaing rapat dengan pasukan JDT berbanding pasukan-pasukan bola yang lain. Dengan hanya perbezaan 1 mata di belakang harimau selatan, JDT kini berhadapan Sabah di gelanggang lawan. Perlawanan malam ini pastinya sengit memandangkan ia menjadi penentu pencarian mata yang bakal mengubah kedudukan pasukan dalam carta. Saksikan live streaming JDT vs Sabah dalam siri Liga Super musim 2022 malam ini.

Butiran Perlawanan JDT vs Sabah

Tarikh:  15 Julai 2022

Masa: 9:00 malam

Venue: Stadium Likas, Sabah


Tuan Rumah 9:00 PM Pengunjung
Sabah 1 – 1 JDT

Video Live Streaming JDT vs Sabah

“pautan live akan diletakkan sekiranya ada disediakan dalam internet”


Analisis perlawanan kelihatan begitu rapat memandangkan JDT merupakan pasukan gergasi yang banyak menjuarai liga dalam negara. Bukan sekadar itu, JDT Juga pasukan yang sentiasa bersaing di peringkat Asia. Namun, dalam bola sepak semuanya sukar untuk diramal kerana ia bergantung dengan strategi dan semangat pemain. Kelebihan terletak di bahu pasukan Sabah kerana malam ini beraksi di gelanggang sendiri. Ia mungkin tidak memberi kesan kepada semangat JDT, namun penyokong Sabah pastinya akan memberi sorakan padu untuk pasukan Rino itu.

Terdahulu, Sabah FC melaporkan akan menampilkan pemain terbaik malam ini untuk menentang JDT. Pengendalinya Datuk Ong Kim Swee, berkata hanya seorang pemain sayap, Dirga Surdi tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan lutut.

“Yang tidak boleh beraksi hanya Dirga, yang mengalami kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament), manakala yang lain semuanya berada dalam tahap yang cukup baik,” kata Kim Swee.

Baddrol Bakhtiar, Amri Yahyah, pemain Indonesia Saddil Ramdani, Park Taesu (Korea Selatan) dan Taiki Kagayama (Jepun) serta penyerang baharu kelahiran Portugal, Jose Embalo antara kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran Sabah FC malam ini – Sumber

Sambutan hangat penyokong malam ini juga menunjukkan keyakinan mereka untuk skuad Sabah. Sekurang-kurangnya Sabah menang untuk memastikan kedudukanya terus mara. Keputusan seri tidak akan memberi keselesaan kepada skuad itu kerana terlalu rapat dengan N.Sembilan.