Live Streaming JDT vs KLFC Final Piala Malaysia 20.11.2021

Live Streaming JDT vs KLFC Final Piala Malaysia 2021

Menarik final Piala Malaysia tahun ini ialah, KLFC buat julung kalinya berjaya ke peringkat akhir setelah 32 tahun penantian. Pencapaian itu umpama sebuah pasukan underdog bakal berdepan pasukan gergasi di gelanggang bola sepak tanah air. Apa tidaknya, JDT merupakan pasukan yang kuat dengan rekod kejuaraanya setiap tahun. Walau bagaimanapun, dalam bola sepak, semuanya tidak mustahil kerana aksi KLFC kali ini pastinya sukar diramal. Saksikan live streaming JDT vs KLFC malam ini secara langsung dalam pautan di bawah.


Butiran Perlawanan JDT vs Kuala Lumpur City

Tarikh Perlawanan: 30 Nov 2021 (Selasa)

Masa: 9:00 malam

Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil


Live Streaming JDT vs KLFC

“siaran langsung akan diletakkan sekiranya ada pautan disediakan di internet”


Ulasan semasa

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, daripada 20,000 keping tiket yang diperuntukkan bagi perlawanan akhir edisi 100 tahun Piala Malaysia ini, setiap pasukan finalis akan diberikan sebanyak 9,000 keping tiket untuk dijual menerusi Tickethotline. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan 20,000 penonton hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November 2021.

Bojan Hodak menyatakan bahawa pasukan KLFC tidak mempunyai 10 pemain import seperti JDT. Ia menjadikan pasukan itu akan bermain sehabis mungkin menentang JDT. Namun di sisi lain, JDT sebenarnya kelihatan tertekan apabila berdepan pasukan KLFC dalam aksi final kali ini. Ramai berpendapat, meskipun JDT mungkin menang namun peminat bola sepak melihat pencapaian KLFC ke peringkat final sebagai sesuatu yang sudah cukup. Sekiranya perlawanan kali ini sengit, ia akan memberi tamparan yang hebat kepada JDT. Siapa sangka, pasukan kecil yang selalu dibuli di gelanggang kini mampu berdepan pasukan gergasi.

Dalam masa yang sama, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora mengatakan bahawa mereka sudah sedia untuk menajdi juara Piala Malaysia kali ke 100 itu. JDT akan merata pasukan KLFC malam ini katanya. Selain itu, Presiden KLFA, YB Khalid Samad menyatakan akan memberikan bonus kepada semua pemain KLFC sekiranya kemenangan menyebelahi pasukan itu. Ia sebagai satu menghargaan dan juga motivasi kepada pemain, katanya.

Apa pun sama-sama kita saksikan perlawanan secara live streaming JDT vs KLFC malam ini. Ramalan saya ialah JDT 1-0 KLFC.