Live Streaming JDT vs Bengaluru FC Piala AFC 28 Sept 2016

live straming jdt bengaluru fc

Perlawanan sengit antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) atau dan Bengaluru FC akan mencuri tumpuan peminat bola sepak negara. Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini boleh ditonton melalui live streaming JDT vs Bengaluru FC dan jangan lepaskan peluang mengikuti perkembangan terkini aksi kedua-dua pasukan tersebut.

Pertembungan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin bermula jam 8.45 malam hari Rabu.

JDT atau lebih dikenali dengan gelaran Johor Southern Tiger sudah pasti akan mempersembahkan aksi yang sangat menarik malam ini. JDT juga mencuri tumpuan ramai peminat bola sepak negara berikutan kejayaan pasukan tersebut menjulang piala Liga Super seterusnya merangkul rekod hatrik yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan selama ini.

JDT dijangka menguasai perlawanan itu kerana kedua-dua pasukan berentap di padang tuan rumah iaitu Stadium Larkin, Johor. Ini pasti dapat menaikkan semangat JDT dengan kehadiran ramai penyokong malah mungkin ada penyokong daripada luar negeri Johor hadir untuk memberikan sokongan padu kepada JDT.

Namun lawan JDT iaitu Bengaluru FC tidak boleh dipandang rendah memandangkan pasukan itu juga berjaya ke peringkat tersebut. Meskipun perlawanan yang akan berlangsung itu berada di Stadium Larkin namun itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk menganggap Bungaluru FC akan luntur semangat melawan JDT.

live streaming jdt vs bengaluru fc

Dua lagi pasukan yang bertembung di separuh akhir adalah Air Force Club (Iraq) vs Al-Ahed (Lubnan) yang telah berentap pada 27 Sept 2016, Selasa. Keputusan perlawanan tersebut adalah 0-0.

 

Seluruh rakyat Malaysia pastinya menyimpan harapan yang sangat tinggi agar JDT dapat memenangi perlawanan itu seterusnya melayakkannya untuk bersaing ke peringkat final piala AFC. Para peminat bola sepak tanpa mengira mana-mana penyokong kelab bola Malaysia digalakkan untuk sama-sama memenuhi stadium dan mengikuti perkembangan perlawanan itu pada malam ini.

 

Ikuti siarang langsung Live Streaming JDT vs Bengaluru FC melalui link streaming di bawah:

Sebarang perubahan link siaran akan dikemas kini melalui laman ini. Jangan lupa saksikan…