Lelaki Umur 57 Tahun Didakwa Bunuh Pengurus IKRAM

Lelaki Umur 57 Tahun Suspek Bunuh Pengurus IKRAM

Berita kematian seorang Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Nik Khatijah Nik Mud, dua minggu lalu kini semakin merungkai persoalan apabila lelaki umur 57 tahun berjaya ditangkap seterusnya menjadi suspek pembunuhan tersebut.

“Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Hasbullah Ismail, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengurus di IKRAM didakwa membunuh Nik Khatijah, 32, di sebuah rumah di Taman Bangi Jalan Reko di sini, antara jam 11 malam pada 5 Mac hingga jam 3 pagi pada 6 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.” Sumber

Terkini lelaki umur 57 tahun tersebut akan mula dibicarakan di mahkamah bermula 16 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan terkini kes tersebut.

Kematian Nik Khatijah yang mengejutkan seluruh negara pada 6 Mac lalu apabila laporan mengenai seorang wanita mati dengan kesan jerutan di leher. Sebelum penemuan wanita tersebut, terdapat dakwaan mengenai kehilangan seorang wanita yang akhirnya ditemui dengan mati dengan kesan jerutan di leher.

Sebab Kematian Chadwick Boseman