Latar Belakang Negara Qatar Dan Punca Krisis Diplomatik

latar belakang negara qatar

Qatar sebelum ini hanya dikenali sebagai negara arab moden yang aman dengan bangunan pencakar langit yang berdiri mega dan canggih. Doha adalah bandar utama negara yang kaya dengan minyak ini. Selain itu, negara Qatar juga dikenali kerana disitulah tempat ulama paling berpengaruh dunia dilindungi iaitu Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Ketahui lebih lanjut latar belakang negara Qatar.

Kedudukan Geografi

Qatar adalah negara kecil jika dibandingkan dengan Arab Saudi dan Iran. Ia berada di antara kedua negara tersebut dengan bentuk geografi semenanjung di Persian Gulf. Keluasanya hanya 11,571 km persegi berbanding Arab Saudi dengan 2,149,690 km persegi. Ia adalah nisba 1:195.latar belakang negara qatar

Demografi

Dengan jumlah penduduk Qatar sebanyak 2 juta, ia jauh lebih rendah berbanding Arab Saudi dengan kepadatan penduduk mencecah 30 juta.

Ekonomi

Kekuatan ekonomi Qatar adalah sama kuatnya dengan Arab Saudi. Qatar adalah pengeluar minyak dan gas yang besar sebaris dengan negara Arab yang lain khususnya Arab Saudi. Ia membekalkan Liquid Natural Gas (LNG) sebanyak 30% bekalan global. Meskipun negara kecil, namun ekonominya cukup stabil dan mampu menyediakan layanan fasiliti yang terbaik dalam negaranya.

Sejarah Krisis Diplomatik

Sebenarnya ini bukan pertama kali Qatar mengahdapi krisis diplomatik dengan negara arab yang lain terutamanya dengan Arab Saudi. Kali terakhir Qatar berhadapan dengan isu diplomatik ini adalah pada tahun 2014. Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik ini atas alasan Qatar menyokongan gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan Hassan Al Banna.

Krisis yang berlaku 2017 juga tidak jauh bezanya apabila Arab Saudi berserta enam negara yang lain memutuskan hubungan diplomatik dengan alasan Qatar menyokong teroris yang dimaksudkan dengan Syiah. Rujukan lebih lanjut mengenai krisis diplomatik Qatar 2017.

Latar belakang negara Qatar dalam pentadbiran dipimpin oleh Tamim Bin Hamad Al Tsani yang mana kebelakangan ini tidak senang dengan tindakan Arab Saudi menyerang kelompok Syiah minoriti di Yaman kerana dianggap tidak menguntungkan negara teluk dan hanya bertujuan politik. Qatar juga menjalin hubungan ekonomi dan teknologi dengan Turkey dan Iran. Di samping itu, politik Qatar kelihatan berkiblatkan dengan Turkey. Secara keseluruhan, Qatar kurang senang dengan gaya politik Arab Saudi yang mesra dengan Presiden Amerika, Donal Trump. Bacaan lanjut.latar belakang negara qatar

Sebab Krisis Diplomatik 2017

Pemutusan hubungan diplomatik oleh Arab Saudi, Mesir, Emiriyyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Rejim Al-hadi yemen tajaan Saudi, dan Maldives antara lain berpunca daripada sikap pragmatik Qatar menjalinkan hubungan Iran dan rentak politik multi nasional Turkey. Ia adalah respon kepada krisis negara teluk yang berlanjutan lama di samping hegemoni Amerika yang menjera negara-negara arab. Dengan kata lain, apabila Arab Saudi memperkukuh hubungan dengan US melalui Trump, di samping Qatar menganggap US bukan lagi sekutu terpercaya, maka krisis ini pun telah berlaku. Meskipun ironinya, pangkalan tentera US di Timur Tengah yang terbesar adalah terletak di negara Qatar.

Trump menganggap gagasan Ikhwan Muslimin sebagai teroris di samping Arab Saudi memusuhi Iran kerana mengancam kedudukan politik dan mazhab (mungkin). Keserasian ini sangat bertentangan dengan sikap Qatar yang melindungi pemimpin-peminpin Ikhwan dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Iran seperti industri gas malah pernah menjalinkan hubungan ketenteraan dengan Iran pada 2010.

Dr Yusuf Al Qaradhawi merupakan ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia sangat lantang dalam menyokong arab spring yang lepas dan mendokong perjuangan Ikhwan Muslimin mungkin atara sebab yang menjadi ancaman kepada junta, monarki, diktator negara-negara arab lain. Qatar merupakan negara yang memberi perlindungan sepenuhnya kepada ulama dunia itu di samping Mesir telah mengeluarkan hukuman mati kepada ulama tersebut atas alasan menyokong revolusi Mesir yang menyingkirkan Diktator Husni Mubarak dan kini digantikan dengan Al Sisi.biodata dr yusuf al-qaradhawi

Latar Belakang Negara Qatar Dipelajari Untuk Analisis Semasa

Apa pun yang berlaku di Qatar dan negara arab keseluruhanya sudah pasti memberi impak kepada umat Islam keseluruhanya. Ia adalah imej kepada umat muslim dan segala krisis yang berlaku akan mengesan ke atas emosi umat Islam. Semoga krisis yang berlaku akan berkesudahan dengan aman.