Laporan Tahunan KDNK Malaysia Dan Kadar Perubahan

laporan tahunan kdnk malaysia

Berikut adalah Graf laporan tahunan KDNK Malaysia yang menunJukkan kadar peratusan perubahan. Graf ini berdasarkan daripada laporan terkini dan boleh didapati melalui pautan http://tradingeconomic.com:

 
source: tradingeconomics.com

Graf menunjukkan prestasi KDNK Malaysia bermula suku ketiga (Q3) 2014 sehingga suku ketiga (Q3) 2017. Laporan tahunan KDNK adalah berdasarkan suku pertama (Januari, Q1), suku kedua (April, Q2), suku ketiga (Julai, Q3) dan suku keempat (Oktober, Q4).

Sepanjang tahun 2017, bermula suku pertama sehingga suku kedua, Keluaran Dalam Negara Kasar menunjukkan peningkatan prestasi sekiranya dibandingkan pada tahun 2016. Dalam masa yang sama, pasaran menjangkakan prestasi KDNK sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat 2016. Pencapaian ini menunjukkan KDNK Malaysia melepasi sasaran.

Ringkasan Laporan Prestasi

  • Sektor pembinaan meningkat sehingga 8.3 peratus daripada 6.5 peratus
  • Perkhidmatan seperti komunikasi, perkilangan, perdagangan diransang lagi dengan sektor elektrik, elektronik, dan makanan meningkat sebanyak 6 peratus daripada 5.6 peratus.
  • Sektor perlombongan perubahan lembab dengan peningkatan 1.8 perastus daripada 1.6 peratus.

Jangkaan Prestasi Akan Datang

  • Peratusan prestasi ekonomi Malaysia dijangka melebihi 4.8 peratus
  • Ekonomi Malaysia bergantung dengan prestasi permintaan tempatan di samping manfaat daripada eksport.
  • Jangkaan inflasi mendatar berikutan faktor kos global.
  • Prestasi sepanjang tahun 2017 dianggarkan sekitar 3.0 hingga 4.0 peratus.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, prestasi ekonomi Malaysia masih berada di tahap yang lembab apabila hanya mencatatkan perubahan 1.8 peratus pada tempoh suku kedua (Q2) 2016 hingga suku kedua (Q2) 2017 (setahun). Walau bagaimanapun prestasi suku pertama (Q1) 2017 adalah yang terbaik sejak 2013.

Laporan tahunan KDNK Malaysia akan dikemaskini pada setiap suku (Q). Data terperinci akan disertakan dari masa ke semasa.

BERKAITAN BISNES

Cara Pengiraan Pelaburan ASB dan ASB Loan

Cara Berdagang Dengan FOREX