Langkah Selamat Menggunakan Chainsaw

Langkah Selamat Menggunakan Chainsaw

Chainsaw merupakan salah satu mesin paling unggul dalam kerja-kerja menebang dan memotong kayu. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia kerana ia senang dibawa ke mana-mana (portable) dan boleh digunakan untuk membuat potongan secara bebas (flexible) mengikut kemahuan pengguna. Mesin ini mempunyai pelbagai jenama dan saiz diperbuat dari pelbagai negara dengan tujuan yang sama iaitu memotong atau membelah. Walaupun mesin ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat kerja, namun ia tidak berguna sekiranya langkah selamat menggunakan chainsaw tidak diamalkan. Kami akan kongsikan butiran lanjut mengenai cara menggunakan ia secara selamat.

Chainsaw pertama kali dicipta pada tahun 1830 oleh seorang pakar bedah Jerman, Bernhad Heine. Ia asalnya diciptu untuk tujuan memotong tulang pesakit.

Hari ini pelbagai jenama Chainsaw dikeluarkan dan rata-ratanya digunakan untuk memotong kayu. Ada yang menggunakan bateri dan ada yang menggunakan enjin. Bergantung kepada kegunaan dan tujuan kerja. Antara jenama yang popular digunakan ialah STIHL dan Husqvarna. STIHL adalah buatan Jerman manakaah Husqvarna ialah buatan Sweden. Namun hari ini, ada pelbagai jenama chainsaw yang kita boleh pilih yang berkualiti dan mempunyai ciri dan fungsi khususnya tersendiri.

Langkah Selamat Menggunakan Chainsaw

Penggunakan Chainsaw kebanyakanya bertujuan untuk memotong kayu sama ada menebang pokok ataupun membelah kayu. Namun ramai yang masih kurang sedar akan kepentingan keselamatan apabila bekerja menggunakan chainsaw. Di Amerika sahaja, sebanyak 30000 mangsa direkodkan mengalami kecelakaan akibat mesin ini setiap tahun. Kesedaran akan pengguna yang selamat perlu ditingkatkan agar kes kecederaan berkurang. Mesin ini sebenarnya telah dicipta dengan rekabentuk dan ciri keselamatan yang sudah optimum. Ini bermakna, bergantung sahaja lagi kepada pengguna untuk memastikan langkah selamat menggunakan chainsaw dapat ditingkatkan. Berikut adalah beberapa langkah selamat menggunakan chainsaw agar pengguna dapat menghindari malapetaka kelak.

Langkah Selamat Menggunakan Chainsaw

  1. Jangan sesekali menggunakan chainsaw yang telah rosak atau tidak dapat berperasi dengan baik.
  2. Pastikan anda menggunakan Personal Protective Equipment yang sesuai seperti glove, mask, google, helmet, safety boot, dll.
  3. Jangan menggunakan chainsaw di tempat yang sempit bagi mengelak asak karbon monoksida.
  4. Matikan enjin dan pastikan kunci (lock) rantai sebelum meletakkan chainsaw.
  5. Pastikan tangan bersih dan tidak licin sebelum menggunakan chainsaw.
  6. Bersihkan mesin atau bahagian dalam rantai dan hindari daripada selaput enjin bagi mengelak mesin cepat panas.
  7. Sentiasa pastikan rantai stabil, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat dan cukup minyak pelincir bagi mengelak panas melampau.

Langkah Selamat Menggunakan Chainsaw Ketika di Tapak Kerja

  1. Jangan berdiri di tempat yang tidak stabil semasa menggunakan mesin
  2. Jangan memotong di atas paras bahu kerana mesin tentu rapat dengan badan dan tidak stabil
  3. Jangan menggunakan chainsaw dengan hanya menggunakan satu tangan
  4. Sentiasa memastikan persekitaran tapak adalah selamat.
  5. Tekan throttle dengan kelajuan maksimum, kekalkan tekanan sederhana dan jangan menekan (mamaksa) mesin ketika memotong.