Lafaz Niat Puasa 6 Hukum dan Kelebihan Melaksanakanya

lafaz niat puasa 6

Selepas tamat bulan ramadhan, umat Islam akan menyambut bulan Syawal iaitu hari raya aidilfitri selama sebulan. Di sebalik bulan syawal, Allah hadiahkan kepada kita dengan ibadah puasa 6. Apakah itu puasa 6? Apa hukumnya, kelebihanya dan apakah lafaz niat puasa 6 tersebut. Berikut kami kongsikan sedikit fakta mengenai puasa 6.

Hukum mengerjakan ibadah puasa 6 ialah sunat. Ia boleh dibuat bermula 2 syawal sehingga akhir bulan syawal. 1 Syawal merupakan larangan untuk berpuasa kerana ia adalah hari pertama aidilfitri disambut.

Abu Hurairah ra berkata: “Nabi SAW melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” (Bukhari no: 1991).

Umat Islam digalakkan untuk merebut peluang melaksanakan puasa tersebut berikutan beberapa dalil mengenai kelebihan mengerjakanya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Muslim : 1164)

Tatacara Melaksanakan Puasa Sunat 6

Lafaz Niat Puasa 6:

lafaz niat puasa 6

Sama seperti ibadah puasa di bulan ramadhan, menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari (maghrib), bersahur dan berbuka.

Ibadah puasa 6 boleh dilakukan sama ada berturut-turut atau berselang seli sepanjang bulan syawal. Amalan-amalan sepanjang melaksanakan puasa juga sama seperti semasa bulan ramadhan yakni memperbanyak amal ibadat, membaca al-Quran, solat sunat, zikir, menjauhi maksiat dan sebagainya. Kredit.