Kronologi Kes Adik Mohd Thaqif Sebelum Meninggal

kronologi kes adik mohd thaqif sebelum meninggal

Kisah adik Mohd Thaqif yang berlegar di media sosial dan akhbar menjadi perhatian rakyat malaysia seketika apabila hari ini telah disahkan adik yang bergelar tahfiz di sebuah madrasah itu meninggal dunia. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana kisah adik Mohd Thaqif ini mula-mula tular apabila disahkan telah menghidapi jangkitan kuman di kaki dan tanganya. Kronologi kes adik Mohd Thaqif sebelum meninggal disini akan diceritakan.

Namun sebelum itu, sama-samalah kita mendoakan kepada Allayarham semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan semoga keluarganya tabah dan sabar menghadapi dugaan.

Kronologi Kes Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun.

Kisah adik Mohd Thaqif bermula apabila dia dikatakan telah dipukul oleh pembantu warden di sebuah madrasah tempatnya mengaji agama. Dikatakan pembantu warden tersebut memukul dengan menggunakan batang paip.

27 Januari 2017. Adik Mohd Thaqif didaftarkan ke Madrasah Tahfiz Al-Jauhar.

Sebelum 31 Mac 2017. Mohd Thaqif sering mengadu kepada ibunya agar dikeluarkan daripada madrasah tersebut kerana takut dirotan oleh pembantu warden. Mohd Thaqif dan rakanya sering dipukul di bahagian tapak kaki mereka ketika melakukan sujud. Lapor Felda Wani ibu kepada Ahmad Thaqif.

31 Mac 2017. Dikeluarkan daripada Madrasah Tahfiz oleh ibunya Felda Wani Ahmad, 40.

17 April 2017. Adik Mohd Thaqif mengadu kaki bengkak dan sakit.

20 April 2017. Mohd Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Unit Dependensi Tinggi (HDU).

21 April 2017. Didapati kedua-dua kaki Mohd Thaqif mempunyai jangkitan kuman serta darah beku dan terpaksa dipotong untuk mencegah jangkitan merebak ke seluruh badan.

4:00 petang 22 April 2017. Pembantu warden Madrasah Tahfiz ditahan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman, suspek berumur 29 tahun yang masih bujang sebelum ini pernah ada rekod jenayah mencuri dalam bangunan pada 22 Mei 2014 yang menyebabkanya dihukum penjara 30 hari. Sumber SinarHarian April 23

24 April 2017. Menurut Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa madrasah terbabit tidak berdaftar di bawah kementerian.

25 April 2017. Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia melawat Mohd Thaqif.

8:00 a.m 26 April 2017 (rabu). Sepatutnya dijadualkan untuk proses pembedahan memotong tangan kanan yang dijangkiti kuman namun ditangguh atas faktor kestabilan jantung.

2:05 p.m 26 April 2017 (Rabu). Disahkan meninggal oleh keluarga. Sumber.

9:00 a.m 27 April 2017 (Khamis). Solat Jenazah diimamkan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki dan menjadi penghubung antara Perdana Menteri dan Bapa Mohd Thaqif untuk berbual dalam telefon.

12:37 a.m 27 April 2017 (Khamis). Jenazah selamat dikebumikan di Felda Bukit Aping Timur selepas disembahyangkan di kediaman datuknya Ahmad Motai, 66.

BERKAITAN: Penjelasan Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Mengenai Kes Mohd Thaqif

Antara Catatan Adik Mohd Thaqif Sebelum Meninggal

kronologi kes adik mohd thaqif sebelum meninggal
catatan ketika dalam madrasah
kronologi kes adik mohd thaqif sebelum meninggal
salah satu catatan adik Mohd Thaqif dalam buku latihanya.

Kronologi kes adik Mohd Thaqif sebelum meninggal sedikit sebanyak menceritakan kisah disebalik takdir keluarga dan Allayarhan Mohd Thaqif. Kes seperti ini yang melibatkan madrasah atau sekolah-sekolah agama swasta wajar diambil serius oleh kerajaan dan pihak berkuasa itu sendiri.

Diharapkan kementerian terbabit mengambil langkah wajar agar perkara seperti ini tidak lagi berulang. Kami di pihak admin mendoakan agar adik Mohd Thaqif tenang di sana dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian. Semoga segala yang berlaku hari ini akan ada hikmahnya akan datang. Sekian.

2 Comments

  1. macam mana keluar keluar sekolah 31 March masuk hospital 20 March ? Adakah 20 April?

Comments are closed.