Kisah Teladan Buya Hamka dan KH Abdullah Syafie

kisah teladan buya hamka dan kh abdullah syafie

Kisah Teladan Buya Hamka Dan KH Abdullah Syafie

HANYA INSAN BERJIWA BESAR DAPAT SALING MENGHORMATI

Hubungan baik sufi dan salafi

Semua orang cerdik tentang isu agama akan mengetahui bahawa Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka) ialah seorang salafi, digelar orang nusantara dengan panggilan wahabi.

Beliau tidak berqunut subuh, beliau tidak wirid jahar (kuat) selepas solat, beliau tidak bertahlil arwah, berfatwa bahawa lafaz talak 3 atau lebih cuma jatuh satu dan lain-lain lagi.

Beliau ialah seorang tokoh Indonesia, pemimpin gerakan Muhammadiyah yang membangunkan citra pembaharuan agama dan masyarakat.

Manakala seorang lagi tokoh Indonesia, namanya KH. Abdullah Syafi’ie, seorang alim tradisional, pemimpin NU (Nahdlatul Ulama) yang merupakan kelompok ASWAJA Indonesia yang ketat pegangannya pada aliran Asya’irah dan Maturidiyyah serta bermazhab Syafi’ie.

Namun itu bukanlah penghalang bagi dua buah jiwa yang besar ini untuk menjalin hubungan baik antara satu sama lain.

Masjid ‘Buya Hamka’ yang selalunya cuma azan sekali sahaja pada hari Jumaat tiba-tiba disuruh azan dua kali kerana menerima kunjungan KH Abdullah Syafi’ie.

Begitu juga ketika KH Abdullah Syafi’ie mengunjungi masjid di Yogyakarta di bawah seliaan tokoh Muhammadiyah maka beliau juga ikut tidak melakukan solat sunat qabliyah selepas azan Jumaat yang sering beliau lakukan di tempatnya kerana menghormati pegangan orang di situ.

Demikianlah tokoh seperti Prof. HAMKA dan KH Abdullah Syafi’ie, mereka berjiwa besar, meskipun berbeza pendapat namun ukhuwah dan persaudaran Islam tidak tergugat.

Sabda Nabi salallahualaihiwassalam;

المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يحقره
Seorang muslim itu saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh dia menzaliminya, menghinakannya dan merendahkannya.

[HR. Muslim]

Kisah teladan Buya Hamka dan KH Abdullah Syafie harus dihayati oleh setiap muslim apatah lagi bagi mereka yang tegar dalam aliran masing-masing. Orang yang benar-benar beragama adalah lebih meraihkan kedamaian berbanding perselisihan. Apakah kita tidak pantas mencontohi mereka?

Telah bertahun pedoman ini mengalir di buku-buku tulisan, corong televisyen, pena, lida, ceramah dan internet, namun ada sahaja yang gagal untuk mengambilnya sebagai iktibar dan contoh agung.

Hanyasanya taqwa yang sebenar-benar taqwa dapat membuktikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan dalam Islam itu dapat dijunjung.

FAKTA MENARIK: Biodata Dr Yusuf Al Qaradhawi