Kisah Perang Arus Elektrik Yang Mempertaruh Tamadun Manusia

kisah perang arus elektrik

Pada tahun 1893, dua orang tokoh pencipta dalam dunia teknologi sains dan tenaga elektrik telah terlibat dalam pertelingkahan besar mengenai teori arus elektrik. Kisah perang arus elektrik ini adalah melibatkan teori perbezaan Alternating-Current (AC) oleh Nicola Tesla dan Direct-Current (DC) oleh Thomas Edison. The War of Current ini akan menentukan teori manakah yang akan digunakan untuk kegunaan transmisi elektrik.

kisah perang arus elektrik

Kisah perang arus elektrik ini bermula apabila Nikola Tesla menyedari kelemahan sistem DC yang dibangunkan Thomas Edison. Sistem DC terpaksa menggunakan kabel tembaga yang lebih besar untuk menyalur arus yang berjarak jauh, malah dengan sistem transmisi yang menggunakan arus DC juga mengakibatkan bandar-bandar di New York dipenuhi kabel panjang bergantungan. Sistem arus elektrik mengalir satu arah juga mempunyai risiko yang sangat tinggi.

kisah perang arus elektrik
Gambaran sistem DC di New York 1890

Semasa bekerja dalam syarikat Edison, Tesla sudah membentangkan kelemahan sistem DC dan memperkenalkan sistem yang lebih baik dan selamat iaitu AC kepada Edison. Namun Thomas Edison menolak cadangan Tesla tersebut. Akhirnya Nicola Tesla terpaksa berhenti bekerja kerana keengganan Edison menerima cadanganya dan tidak dibayar gaji oleh Edison.

Edison terus mempertahankan sistem DC kerana ia sudah diguna meluas di Amerika Syarikat. Edison enggan rugi jika sistem DC nya yang sudah menguasi pasaran digantikan dengan sistem AC.

 

Pesaing terdekat General Electric Company milik Edison ialah Westinghouse. Pesaingnya membeli ciptaan Tesla iaitu sistem AC sekaligus menjadi ancaman kepada sistem DC di pasaran. Maka Edison pun memulakan propaganda bagi menentang sistem AC. Kata Edison, “Direct current is like a river flowing peacefully to sea, while alternating current Is like a torrent rushing violently over a precipice”. Tesla menjawab kenyataan itu bahawa sistem AC selamat jika tindakan pencegahan yang tepat dilakukan.

Akhirnya perang propaganda di antara mereka berakhir dengan diadakan The Columbian Expositioan di Chicago. Acara tersebut bagi menentukan sistem yang manakah menghasilkan tenaga elektrik lebih praktis, mudah, selamat dan murah.

kisah perang arus elektrik

Ketika melakukan demonstrasi alat kerja, sistem DC milik Edison lebih merbahaya kerana kabel tembaga besar yang melintas dimana-mana , sedangkan sistem AC milik Tesla lebih praktis, tanpa kabel yang banyak, mudah dan kos murah. Pada akhirnya, perang arus dimenangi oleh Westinghouse dengan arus bolak balik ciptaan Nikola Tesla.

MENARIK: Inilah Senjata Rahsia Nazi Yang Ditiru Amerika

Ciptaan Tesla menghasilkan banyak manfaat kepada dunia hari ini. Ianya lebih selamat dan lebih murah. Kita dapat lihat penerapan sistem ini di mana-mana.

SUMBER:

https://www.livescience.com/46739-tesla-vs-edison-comparison.html

Perang Arus Elektrik

https://energy.gov/articles/war-currents-ac-vs-dc-power