Love Scam Warga Israel Yang Mengambil Duit Wanita Eropah

Kisah Scammer Cinta Simon Liviev
Kacak dan mewah disukai para wanita tapi...

Keinginan untuk berpasangan adalah sifat semula jadi manusia. Cinta di antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu daya tarikan yang akan dilakukan bagi memenuhi kehendak perasaan pasangan. Setiap wanita inginkan lelaki yang serasi untuk mereka, kacak, good looking, dan paling menarik ialah kaya raya. Ini adalah satu kisah benar yang berlaku dan dialami oleh beberapa wanita terhadap seorang jejaka kacak di Eropah. Kisah love scam ini sebenarnya telah ditayang dokumentarinya di dalam Netflix tahun 2022.

Kacak, bergaya, mewah, dan paling penting kaya banyak duit. Siapa pun pasti terpikat.

Bermula daripada aplikasi Tinder, seorang lelaki yang mempunyai akaun bernama Simon Liviev berwajah tampan, kacak, tinggi, sasah, mewah dan kaya raya. Tidak sekadar itu, dia malah merupakan anak kepada raja berlian (King of Diamond) dari negara Israel. Itulah yang akan diakui oleh Simon kepada mana-mana wanita yang bertanya perihal peribadinya. Di dalam akaunnya, gambar Simon kelihatan sering hadir dalam mesyuarat-mesyuarat mewah, penerbangan dengan jet peribadi, menaiki kereta Rolls Royce, Kereta Sport, memiliki pengawal peribadi, menginap di hotel-hotel mewah dan sering travel dari satu tempat ke tempat lain ke bandar-bandar besar Eropah.

Aktiviti Simon sangat mengujahkan bahkan kelihatan meyakinkan. Beliau berpenampilan kemas, bersih, berpakaian mewah, dan beberapa gambar disiarkan di majalah-majalah terkemuka seperti Forbes yang memaparkan tentang kejayaan perniagaannya. Dengan paparan akaun Tinder miliknya, pasti wanita di luar sana merasa yakin dan tertarik untuk mengenal dan sudah tentu untuk keluar dating bersama Simon.

Kisah Wanita Norway Ditipu Simon Hampir RM1 Juta

Sudah tentu setiap wanita yang telah jatuh hati dengan Simon akan mula stalk (menyiasat) hal peribadi Simon sebelum memulakan langkah seterusnya seperti menghantar teks mesej. Seperti yang dilakukan Cecilie Fjellhoy salah seorang mangsa Simon, beliau menyiasat lelaki yang bersama dalam gambar Simon. Menurut keterangan gambar di akaun Simon, lelaki itu merupakan ayahnya yang bernama Le Liviev, Raja Berlian yang berdara Uzbek dan warganegara Israel. Cecilie mendapati ayahnya banyak terpapar di majalah-majalah terkemuda seperti Forbes dengan kekayaan perniagaanya.

Semuanya dipaparkan seolah-oleh asli dan jelas. Maklumat mengenai Simon Liviev nampak meyakinkan dan pasti tiada siapa wanita yang meraguinya. Akhirnya, Cecilie mula menghubungi Simon dengan menghantar teks mesej Tinder. Dengan pantas Simon membalasnya dan hanya seketika perbualan mereka, Simon terus menghantar lokasinya di mana beliau menginap Hotel Lima Bintang. Maka pertemuan pertama mereka pun berlaku. Dengan hanya tujuan minum kopi di hotel tersebut, Cecilie menceritakan betapa terujahnya beliau bertemu dengan Simon. Apa yang menarik menurut Cecilie ialah, perwatakan Simon amat disenangi dan selesa. Tutur katanya yang manis dan penuh prihatin malah komunikasinya sangat peduli, membuat Cecilie merasa seolah mereka telah lama saling mengenali.

Maka bermulalah kisah cinta Cecilie dengan Simon si anak bilionair dari Israel. Cecilie amat rindukan Simon kerana sentuhanya yang membuat Cecilie tenteram dan gembira. Pertemuan demi pertemuan, dan mereka pun saling menghubungi, lafaz cinta dan rindu seperti pasangan kekasih sering mereka ungkapkan. Simon yang sangat sibuk dengan urusan perniagaanya membuat Cecilie tidak dapat menahan rindu. Dan pernah sekali Simon secara tiba-tiba datang ke tempat Cecilie demi melepaskan rindu mereka. Moment ini pastinya selalu disukai wanita dan sudah tentu membuat mereka rasa dihargai. Simon sering menceritakan aktivitinya dan urusan perniagaanya bersama ahli korporat. Pergerakan dan aktivitinya tidak dirahsiakan dan semuanya diceritakan kepada Cecilie. Secara keseluruhanya, kegiatan Simon sangat meyakinkan dan beliau sangat menjaga identitinya secara profesional tanpa disedari oleh Cecilie sedikitpun.

Simon Merupakan Scammer Paling Profesional

Simon Liviev, atau nama sebenarnya Shimon Hayut lahir di Bnei Brak, Tel Aviv, Israel. Dia merupakan penipu yang profesional. Dengan cara menjalin hubungan cinta bersama wanita yang berkerjaya, beliau akan melakukan beberapa modus operandi sehingga wanita yang mencintainya sanggup mengeluarkan keseluruhan wang untuk diberikan kepadanya.

Pertama, maklumat peribadi mengenai Simon secara keseluruhanya dipalsukan bermula daripada akaun Tinder. Nama, keluarga, syarikat perniagaan, aktiviti perniagaan, malah latar belakang dirinya semuanya dipalsukan dan dilakonkan. Bukan sekadar itu, Simon malah mengaku pernah berkahwin dan bercerai, mempunyai seorang anak, mempunyai pengawal peribadi kerana perniagaanya merbahaya, dan segala macam semua yang dilakukan kelihatan asli tetapi sebenarnya dilakonkan. Beliau malah sanggup mengupah wanita dan anak kecil yang menyamar sebagai bekas isteri dan anaknya untuk hadir di hadapan wanita yang bercinta denganya. Semuanya akan kelihatan berpusat dan semua individu bersama Simon ini akan membawa cerita yang sama mengenai Simon.

Kedua, Simon akan menjerat mangsa mengenai masalah keselamatanya. Simon berpura-pura mengalami kecelakaan akibat daripada perniagaanya yang merbahaya. Inilah yang dialami oleh Cecilie apabila Simon secara tiba-tiba memberi tahu mereka telah diserang bersama pengawal peribadinya yang bernama Peter. Simon pun menghantar gambar dan video Peter yang berlumuran darah kepada Cecilie. Semuanya kelihatan real bagi mengaburi mata dan fikiran Cecilie. Sudah tentu Cecilie akan panik dan risau terhadap situasi Simon yang dicintainya.

Pengawal peribadi Simon, si Peter

Ketiga, Simon akan mengatakan demi keselamatanya, beliau terpaksa menutup semua akaun dan kad kreditnya supaya tidak dijejaki oleh musuh perniagaanya. Maka beliau pun akan mula meminta simpati agar dapat pertolongan daripada teman wanitanya. Dengan semua strategi Simon sebelumnya, sudah tentu teman wanitanya tidak meragui untuk menolong Simon. Kerana memikirnya Simon seorang jutawan dan anak bilionair, Cecilie telah membuat pinjaman wang dengan anggaran sehingga RM836,960 keseluruhan demi Simon yang tercinta. Ini termasuklah pinjaman peribadi, kad kredit malah wang tunai diberikan kepada Simon. Dan sudah tentu Simon akan berjanji untuk membayarnya semula kesemua wang tersebut.

Peter berdarah. Aksi Simon memerangkap mangsa.

Akhir sekali, modus operandi Simon akan mula terbongkar dan semuanya telah terlambat umpama nasi sudah menjadi bubur. Janji-janji Simon untuk membayar semula kepada Cecilie hanya sekadar janji. Di sini, sekali lagi Simon akan melakukan penipuanya yang terakhir iaitu mengirimkan resit transaksi pembayaran kepada Cecilie. Malah pembayaran itu lebih daripada jumlah yang Cecilie beri kepada Simon. Tenang seketika, umpama semuanya selesai malah cinta Cecilie kembali ghairah kerana keikhlasan dan kemurahan hati Simon. Namun, semuanya jelas palsu apabila transaksi itu tidak pernah berlaku di bank. Resit transaksi dicipta secara palsu hanya untuk mendiamkan mangsa. Keadaan tegang semula dan akhirnya Simon hilang begitu sahaja dan sesekali membalas mesej dengan alasan sibuk dengan perniagaan yang merbahaya.

Untung dapat kekasih kacak dan kaya raya. Dapat naik jet peribadi (yang disewa tapi tak bayar). Bahagia pada asalnya.

Pada tahap ini, Cecilie barulah mulai sedar yang dia ditipu. Lelaki kacak yang dia cium dan tiduri itu telah menipunya dan merompaknya atas khayalan cinta dan kasih sayang. Ratusan ribu wang hilang, malah  menanggungnya sendiri kerana terpaksa membayar kepada bank. Semuanya palsu. Gambar Simon bersama Lev Livier juga palsu. Malah cinta Simon pada Cecilie juga sebenarnya palsu. Siapa Peter, isteri dan watak yang menjadi anak Saimon itu juga palsu. Akhirnya mereka hilang dan berjoli dengan wang yang diberikan Cecilie bersama wanita lain yang turut bakal menjadi mangsa seterusnya.

Bukan Seorang Tetapi Lebih Ramai Mangsa Love Scam Simon

Menurut dokumentari yang ditayangkan di dalam Netflix, mangsa love scam yang dilakukan oleh Simon bukan sekadar Cecilie namun ada beberapa wanita lain yang turut menjadi mangsa. Pernilla Sjoholm juga seorang mangsa yang kehilangan raturan ribu demi Simon. Dengan modus operandi yang sama dilakukan oleh Simon terhadapnya, kini Pernilla juga terpaksa menanggung hutangnya sendiri yang hilang begitu sahaja kerana Simon. Meskipun hubungan mereka sekadar rakan biasa, namun modus operandi Simon tetap berjaya.

Parnilla (kiri) dan Cecilie (kanan)

Seorang lagi wanita yang ditipu Simon ialah Ayleen Charlotte. Namun nasib Simon berakhir di sini apabila Ayleen awal menyedari identiti sebenar Simon. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Segala perbuatan Simon akhirnya terkantoi selepas Pernilla dan Cecilie bergabung untuk menjatuhkan lelaki itu dengan mengeluarkan kisahnya ke media. Pada ketika itu, Simon yang sedang ‘bercinta’ dengan Ayleen Charlotte berada dalam keadaan panik. Dia ingin melakukan penipuan yang sama kepada Ayleen, namun wanita itu lebih bijak apabila dia menipu Simon kembali dengan menjual pakaian mewah milik Simon itu dan mengambil hasilnya. Ayleen menceritakan, pertemuan terakhir mereka sebelum Simon ditangkap. Dia terpaksa berlakon dan berpura-pura tidak mengetahui identiti sebenar Simon. Mereka sempat bercium dan berpelukan. Pada saat itu kata Ayleen, dia ingin berteriak namun terpaksa menahanya.

Ayleen dengan bantuan Parnella dan Cecilie berjaya memerangkan Simon

Simon akhirnya ditahan di Greece pada tahun 2019 atas bantuan Ayleen kerana menggunakan pasport palsu. Dia kemudian dihantar kembali ke Israel dan telah dipenjara selama 5 bulan sebelum dibebaskan kerana berkelakuan baik. Agak menyedihkan apabila Simon dilepaskan dengan begitu sahaja dan dikatakan kini sudah memiliki kekasih baru serta kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan aplikasi Tinder.

Simon sempat memuat naik gambar bersama kekasih baru sebelum menutup akaun instagramnya
Wajah Simon ketika ditangkap

Di Manakah Shimon Hayut Sekarang?

Kali terakhir Shimon muncul di media sosial ialah melalui akaun Instagramnya. Dan kini dia tinggal di Israel sebagai seorang warga yang bebas. Sebelum dokumentari The Tinder Swindler dikeluarkan di Netflix, akaun Instagramnya mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Setelah dokumentari itu ditayang dan memuncak, Shimon telah menyahaktif akaun instagramnya. Beliau sempat menulis “Thank you for all your support. I will share my side of the story in the next few days when I have sorted out the best and most respectful way to tell it, both to the involved parties and myself. Until then, please keep an open mind and heart.” – esquire

Shimon kini berumur 31 tahun. Dan kisah love scam Shimon ini bukan baru terjadi. Menurut sejarah, dia pernah meninggalkan Israel pada tahun 2011 ketika berumur 20 tahun untuk mengelak kes jenayah berkaitan penipuan. Pada tahun 2015, dia menipu 3 orang wanita dan dipenjarakan selama 2 tahun di Penjara Finnish. Selepas dibebaskan pada tahun 2017, dia kembali ke Israel semula. Sebelum dia sempat ditangkap oleh pihak berkuasa Israel, dia melarikan diri ke Eropah di mana kisah Cecilie, Parnilla dan Ayleen bermula.

Menurut The Israel Times, kisah love scam yang dilakukan oleh Shimon Hayut ini melibatkan lebih 10 juta dollar dari semua mangsa dari tahun 2017 hingga 2019. Manakalah Parnilla, Cecilie dan Ayleen masih membayar hutang mereka sehingga hari ini.

Kisah Perang Arus Elektrik di US