Kisah Benar Kerajaan Amerika Dikalahkan Penjual Arak 1931

kisah benar kerajaan amerika dikalahkan penjual arak

Sebelum perang dunia II, Amerika Syarikat pada tahun 1919 – 1933 telah membuat undang-undang pengharaman arak sama ada pembuatan, pengangkutan, dan penjualan. Tujuanya adalah bagi mengurangkan masalah jenayah, rasuah, dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan membina penjara dan rumah pemulihan di samping meningkatkan kesihatan dan kebersihan – Noble Experiment. Namun larangan itu tidak bertahan lama apabila permintaan arak semakin tinggi malah telah mewujudkan perlawanan antara mafia dan pihak berkuasa. Kisah benar kerajaan Amerika dikalahkan penjual arak ini benar-benar terjadi dan kesanya kerajaan Amerika terpaksa membuat pindaan semula undang-undang mereka pada Disember 1933.

Pada tahun 1931, di sebuah daerah Franklin County, Virginia, terdapat sebuah keluarga yang disebut Bondurant Family. Keluarga Bondurant terdiri daripada tiga orang lelaki bersaudara iaitu Horward (Sulung), Forrest (Kedua dan Pemimpin Keluarga) dan Jack (Bongsu).

Bondurant Family yang menentang undang-undang larangan arak di US

Kegiatan keluarga mereka hanya menghasilkan arak, membuat penghantaran, dan menjual kepada pelanggan. Keluarga mereka sangat popular sebagai penghasil arak terbaik di daerah tersebut. Namun kegiatan Bondurant Brother sering diancam oleh gangster upahan pesaing mereka. Lebih parah apabilah mereka berdepan dengan seorang Special Deputy atas arahan Commonwealth Attorney Mason Wardell yang baru dihantar ke daerah tersebut. Special Deputy bernama Charlie Rakes yang berasal dari Chikago tiada masalah membiarkan Bondurant Family meneruskan kegiatan mereka asalkan dibayar rasuah. Namun Forrest menolaknya. Natijahnya, peperangan di antara undang-undang US dan penjual arak telah tercetus.

adik beradik bondurant sedang memproses arak

Peperangan antara Bondurant Brother dan pihak Polis menyebabkan ramai orang kehilangan nyawa. Dalam kisah ini, Forrest hampir putus leher disebabkan oleh gangster upahan dan ditembak beberapa das oleh Charlie Rakes. Manakalah Jack pula kehilangan kawan rapatnya yang mahir ubah suai kereta pengangkut arak kerana dibunuh oleh Charlie Rakes. Gudang dan kilang terbesar arak mereka yang tersembunyi berjaya ditemui oleh pasukan polis dan dimusnahkan.

Kisah mereka tersebar di seluruh daerah dan sudah pasti mengundang perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat. Perlawanan antara pembuat arak di Franklin County dan pasukan polis diketuai Special Deputy Charlie Rakes berakhir dengan adegan tembak menembak di perbatasan. Jack dan Forrest tertembak manakalah Charlie Rakes mati ditikam oleh Horward.

Pada Disember 1933, kerajaan Amerika Syarikat akhirnya membenarkan penjualan arak dengan ikatan undang-undang dan Franklin pada ketika itu menjadi pengeluar arak terbesar.

BERKAITAN: Senjata Rahsia Nazi Yang Ditiru Amerika

Kisah benar kerajaan Amerika dikalahkan penjual arak ini terinspirasi daripada tulisan oleh salah seorang keturunan keluarga Bondurant iaitu Matt Bondurant dalam novelnya The Wettest County In The World. Kisah ini turut diadaptasi dalam filem bertajuk Lawless yang dilakonkan oleh Tom Hardy, Jason Clarke dan Shia LeBeouf.

kisah benar kerajaan amerika dikalahkan penjual arak
filem Lawless

Artikel ini tiada niat untuk memuji arak namun sekadar menceritakan fakta-fakta sejarah mengenai arak dan undang-undang di Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya, di abad moden Amerika Syarikat pernah haramkan sepenuhnya kegiatan arak berbanding negara kita.

SUMBER:

Kisah Benar Kerajaan Amerika Dikalahkan Penjual Arak novel “The Wettest County In The World” oleh Matt Bondurant

https://en.wikipedia.org/wiki/Prohibition

http://review-filmku.blogspot.my/2013/05/lawless-sebuahfilm-yang-diangkat-dari.html

Foto