Kes Buli Melibatkan Pelajar Sekolah di Sabah Viral Seluruh DUNIA

kes buli

Pada 6 Sept 2016, satu kes pelajar sekolah memukul rakanya dalam kelas dengan beberapa tumbukan dan pukulan menggunakan kerusi. Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Sabah. Kes buli tersebut dirakam dan disebarkan menerusi media sosial.

kes buli sabah

Kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis. Kedua-dua pihak pelajar dan keluarga turut membuat keterangan serta saksi. Polis telahpun keluarkan kenyataan dan biarlah ia disiasat oleh yang lebih ber autoriti.

Banyak spekulasi disebarkan kononya ia adalah kes buli. Bagi yang tidak mengetahui punca, ia memang dianggap buli lerana rakaman tersebut hanya menayangkan aksi pelajar tersebut memukul rakanya. Dalam siasatan, proses menyiasat kedua-dua pihak adalah mustahak agar punca dapat diketahui.

Dalam laporan polis mengatakan bahawa berdasarkan keterangan beberapa pihak ia berpunca daripada ejekan. Si mangsa yang dipukul mengejek nama bapa kepada pemukul lalu si pemukul merasa berang dan mengamuk. Dikatakan juga bahawa nama bapa si pemukul sebenarnya sudah meninggal maka disitulah sebabnya dia merasa marah dan mengamuk lalu memukul si mangsa (pengejek).

ULASAN

Setiap kejadian dalam mana-mana kes haruslah dikaji puncanya terutama kes seperti ini. Apapun klausa siasatan yang akan dipakai oleh pihak polis, itu terpulang. Walaubagaimanapun mengejek adalah perkara yang salah dari sisi moral. Ia boleh memberi tekanan dan kemarahan.

Sebagai ibu bapa, mendidik anak adalah keutamaan. Tidak kira siapa salah atau betul dalam kes ini, keduanya perlu dididik agar lejadian seperti ini tidak berulang. Hentikan budaya mengejek dan hentikan memukul. Namun itulah kesabaran. Kadang ada batasnya. Ertinya punca lah yang harus dihentikan. Maka budaya mengejek wajar dihentikan. Tidak elok anak yang masih duduk di bangku sekolah rendah tapi dah pandai mengejek.

Mengejek bukan perkara baru. Ia menjadi mainstream di kalangan pelajar sekolah. Ia dianggap seronok kerana mereka akan merasa dapat kenakan kawan dan meraka merasa menang serta puas.

Sudah tiba masanya semua pihak kembali menilai budaya serius ini. Mengejek bukan sekadar tidak bermoral malah ia sebenarnya satu bentuk pembulian mental. Semoga anak-anak kita dapat membesar dengan jayanya.

VIDEO KES BULI KLIK: link