
Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan satu inisiatif kerajaan sejak tahun 2012 bagi memudahkan golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Dengan kerjasama agensi SPNB, kerajaan turut memberikan subsidi sebanyak RM20,000 kepada pemohon yang berjaya. Ini bermaksud, kerajaan menanggung sebahagian kos pembinaan rumah tersebut. Ia adalah sesuatu yang menarik, namun terdapat beberapa butiran yang tidak dijelaskan di dalam https://spnb.com.my berkaitan syarat serta perjanjian yang ditetapkan. Oleh sebab itulah kenapa saya batalkan RMR dalam permohonan sebelum ini.
Syarat Umum Permohonan RMR
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun
- Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 hingga RM3000 sebulan
- Pemohon/pasangan tidak mempunya rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang dari 2,800 kps
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB
Apa Yang Tidak Diberitahu Dalam Syarat Permohonan Ialah;
- Pemohon yang bekerja sendiri boleh dapatkan pengesahan pendapatan melalui ketua kampung atau Pegawai Daerah sahaja.
- SPNB tidak akan menyemak CCRIS pemohon.
Apa Yang Terkandung Dalam Perjanjian Sehingga Saya Membatalkan Hasrat Memiliki RMR?
- Geran tanah anda sendiri yang asli akan dicagar dan dipegang oleh peguam pihak SPNB selama 16 tahun! Dan inilah sebab kenapa saya batalkan RMR saya.
Lebih rumit apabila dalam geran itu memiliki lebih daripada satu nama pemilik geran. Ini bermakna, pemohon wajib dapatkan kebenaran penama lain untuk urusan RMR dan juga sebagai cagaran. Oleh sebab itu, ramai pemohon tidak mengambil risiko perselisihan dengan penama lain dan akhirnya membatalkan hasrat untuk memohon RMR.
Namun sekiranya anda masih berminat untuk memohon RMR, boleh ikuti cara di bawah
Cara-Cara Membuat Permohonan
- Dapatkan borang di pejabat wakil rakyat atau laman sesawang SPNB. Borang online https://rmronline.spnbmesra.com.my/
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menghantar borang permohonan ke pejabat wakil rakyat atau muat naik (jika melalui online) dengan lengkap dan mendapat pengesahan sokongan daripada wakil rakyat.
- Penilaian akan dilakukan kemudian pemohan akan dimaklumkan sama ada diterima atau tidak
- Penilaian syarat pinjaman akan dilakukan kemudian pemohon akan dimaklumkan sama ada diterima atau tidak.
- Pemohon yang layak akan membuat perjanjian pembiayaan dan pembinaan
KLIK: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023
Di bawah merupakan salah satu rekabentuk RMR. Harga rumah tersebut ialah RM75,000 namun setelah ditolak subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 maka pemohon hanya akan menanggung RM55,000 dengan bayaran secara bulanan.